Saturday, August 2, 2014

Contoh Kisah Stres di Kalangan Kanak-kanak 5 Tahun

Perkongsian Mengenai Stres di Kalangan Kanak-kanak
Sebenarnya sudah beberapa kali saya menyampaikan ceramah dan training pendek dalam tajuk ini kepada guru tadika dahulu. Stres di kalangan orang dewasa agak biasa, namun tajuk stres kanak-kanak agak kurang dibincangkan.
Penulisan Ibu Rose di dalam FB banyak membantu saya dalam menguatkan pemahaman saya mengenai dunia pemikiran kanak-kanak, sekaligus membantu saya dalam advocate kepada ibubapa klien kanak-kanak saya.
Tidak silap saya, peratusan kanak-kanak yang menerima rawatan dari psikiatris kanak-kanak meningkat agak ketara di seluruh dunia kini. Faktor jangkaan ibu bapa kepada anak, jangkaan guru dan sistem pendidikan kepada murid dan dunia yang semakin semua orang bijak pandai, menyumbang kepada kanak-kanak yang stres semakin tinggi.
Hari ini (semalam) dalam sesi beraya muhibbah dengan sedara kami, nenek bijak ini bertanya kepada saya akan situasi cucu perempuannya, 5 tahun yang berciri berikut (setelah sedikit demi sedikit teroka, akhirnya jumpa jawapan):
+ K, 5 thn, perempuan, baru bersekolah tadika private berhampiran rumahnya pada tahun ini.
+ Sejak akhir ini nenek perasan K sangat berlainan, kerap menjerit, menyanyi kuat, seperti melepas perasaan. Dia juga kerap menconteng bebas di dinding rumah. Nenek tidaklah marah atau menghukum namun menegur geram juga kerana ia amat annoying apabila dilakukan.
+ Nenek tidak pasti apakah perasaan K sebenar samada marah/sedih/ geram/ suka seronok semasa aktiviti menjerit itu, kerana nenek tidak tahu cara lain membalas melainkan memintanya berhenti.
+ Nenek juga tidak merasakan K mempunyai personaliti dari bayi, iaitu seorang yang ekspresif kerana di sekolah dia sangat penyenyap, dan bukan karektor asalnya begitu.
+ K memang amat tidak suka dan menolak untuk membaca perkataan, namun boleh dan tahu mengeja, dan menariknya amat pandai pintar dan suka buat Matematik. Hanya membaca menjadi isu utama kpd nenek, ibu dan guru, kerana K tidak minat membaca.
+ Oh ya, isu kedua yang nenek, bapa risau adalah ayat ucapannya yg terbalik, tidak tersusun baik subjek predikatnya sedang usia sudah 5 tahun, cth "kakak sepak adik" walau sebenarnya "adik sepak kakak".
+ Adik perempuannya, 3 tahun, mampu mengucapkan ayat yang tersusun, dan kontranya berminat serta boleh membaca, tidak seperti K.
+ Guru tadikanya selalu komplen kepada si nenek yang si K ini amat tidak seperti kanak2 lain yang boleh duduk, membaca serta ikut kata guru. Kiranya seperti K ini murid bermasalah lah.
+ Ditakdirkan saya sempat berjumpa K yg baru pulang dengan si adik, bapa dan ibu, dan luarannya memang seorang pemalu, tidaklah jenis ekspresif, dan sangat sopan. Pabila ditanya adakah K suka ke sekolah, suka jawabnya, dan sayang cikgu, sayang, jawabnya.
+ Later on ibu menambah, yang semasa beliau ke tadika mengambil report card, seakan semua ibubapa lain memandang semacam dirinya, dan ibu rasa seperti anaknya kelainan, bermasalah, dan seolah guru tadika itu bercerita mengenai anaknya kepada ibu bapa lain (macam masalah besar negara sungguh seolahnya).
+ Later on juga nenek menambah, beliau pernah sound guru tadika itu mengenai kenapa cucunya tidak suka ke sekolah sedangkan cucu lain semuanya ok, pabila si guru kerap komplen kepada dirinya mengenai kelakuan K yang tidak ssperti anak murid lain. Selain itu  pagi-pagi memang amat liat dan mengambil masa yang lama untuk siap ke sekolah. Tidak kelihatan seperti looking forward untuk ke sekolah.
+ Ibu dan nenek juga kemudiannya menambah, ya, K ada imitate gaya gurunya di rumah dengan gaya mengajar garangnya seperti "buka buku semua, baca! Kalau tak cikgu rotan!".
Maklumbalas saya (educate, reprogramming, solusi):
+ K mungkin dalam keadaan stres, terutama berkenaan penyesuaian diri di sekolah, layanan guru kepadanya, dan persepsi terhadap diri sendiri. Maka menjerit dsb diluahkan di rumah kerana di sekolah dia penyenyap dan jadi pemendam.
+ Nenek digalakkan untuk merefleksi tingkahlaku K pabila dia sudah selesai menjerit dengan mula memuji kemudian bertanya perasaan untuk memahami apa yang K rasa dan fikir, dan memahami apa yang dia alami. Contoh : "Kuat lantang nya suara kakak. Kakak rasa apa masa menjerit tadi" (Jika dia tiada perkataan bagi menggambarkan rasa emosinya, beri pilihan perkataan emosi spt Kakak rasa seronok ke, happy ke, sedih ke, marah ke, geram ke. Kemudian tukar kepada : Kakak rasa marah apabila..., kakak rasa happy bila... kakak rasa sedih bila... (Pengalaman kepada, apa, bagaimana, siapa). Associatekan tingkah laku menjerit nya yang 'annoying' (bak kata nenek) dengan feelings nya. Dalam analisa saya, samada
~ K seronok happy menjerit atau
~ K melepas rasa negatif terbuku seperti marah, sedih, geram.

Jika emosi positif, is okay, namun nak diberitahu ia perlu dilakukan di tempat sesuai. Manakala jika emosi negatif, maka nak dibantu tunjukkan cara /kaedah lain melepas rasa geram dengan bercerita/memberitahu orang dipercayai, melukis/ menconteng warna, aktiviti fizikal lain (alternatif selain menjerit yang annoying itu untuk mengeluarkan tenaga stresnya).
+ K tidak bermasalah, tapi kelihatannya guru nya yang menghadapi kesukaran untuk mengendalikan kelainan dan keunikan K. Guru mahu mudah, iaitu semua murid sama sahaja, ikut kata, dan membaca cara konvensional (lama/kebiasaan). Maka tukar mind set, anak saya tidak bermasalah, guru yang belum mampu cater keperluan khusus anak saya.
+ Nenek perlu membalas komplen guru dengan tidak mengomplen semula kaedah/ kredibiliti guru, kerana dibimbangkan guru akan / boleh 'aim' K dan lebih meminggirkan K. Ia berkemungkinan ya. Nenek akui K kerap mengadu yang dia tiada kawan, kerana dia 'tidak pandai' (tak pandai membaca). Ini bermakna self esteemnya sudah menjatuh. Dan rasanya cikgu sudah tidak mempedulikan dia.
+ K amat bijak otak kanan, kreatif menconteng, dan bijak nombor, bukan membaca yang berstruktur tersusun huruf-huruf menjadi perkataan dan ayat. Maka pembelajaran menarik minat membaca untuk K tidak boleh kaedah biasa duduk membaca buku, namun perlu melibatkan kaedah kreatif lain seperti menyanyi lagu, mendengar cerita (storytelling yang berayat lengkap), bergerak-gerak seperti menari, aktiviti games dll.
+ Ibu digalakkan mencari set buku dari Readeasy Network kaedah phonic kerana kanak-kanak bijak seperti K tidak perlu mengeja satu-satu yang lambat dan membosankan untuknya, namun terus membaca sukukata dan perkataan.
+ Ibu diberitahu mengenai otak kanan dari bayi 100%, manakala otak kiri mula kuat dan bridging (kanan ke kiri) dalam usia 4 tahun, dan kisah extraordinary people di dunia yang hebat seperti Albert Einstein yang tidak bercakap hingga usia 9 tahun, dan Bill Gates serta lain2 manusia hebat yang dilabelkan bermasalah di sistem persekolahan biasa, namun dewasanya turn kepada manusia hebat luar biasa dan memberi impak kepada dunia.
+ Ibu dan nenek digalakkan beritahu K yang dirinya 'pandai dalam apa' pabila K sendiri beritahu skrip diri yang kakak tidak pandai.. Contoh: "Kakak pandai mengira matematik, pandai mengenal huruf, pandai melukis dan menyanyi. Jika kakak rajin berlatih membaca, kakak akan lebih pandai lagi dari kawan2 kakak dalam membaca. Nanti kawan2 pun lagi suka kat kakak, dan kakak ramai kawan..".
+ Kemungkinan boleh consider untuk tukar ke tadika lain yang lebih positif pendekatan pengajaran gurunya asalkan membina pengalaman positif baru untuk K. Bukan lari dari masalah, namun alternatif solusi dari pilihan yang ada. Jika tidak pindah, ibu akan perlu homework intensif sehingga K mampu mencapai tahap yang dimahukan iaitu membaca dan dalam masa sama kita mendoakan agar guru melayan sama baik K dengan kanak2 lain.
+ Mengenai ayat tersusun juga, diberitahu mengenai kekuatan otak kanan K dan bridging ke otak kirinya yang lewat sedikit adalah bermakna luas lagi potensi menyerap ilmu pelbagai kerana otak kanan adalah sangat tidak terjangkau, tidak limit/ had, permanent learning dan sangat luarbiasa hebat sebenarnya.
+ Language development normal, jika dalam satu ayatnya mengandungi bilangan perkataan sama dengan usianya, seperti 5 tahun, 5 perkataan dalam satu ayat, ia adalah normal dan ok, serta bersyukurlah yang K boleh bercakap dan memberitahu apa yang ingin dicakapkannya, berbanding ada kanak-kanak yang langsung tidak bercakap atau bermasalah dalam pendengaran.
+ Selain itu, ibu / nenek boleh mengulang ayat terbalik K dengan menyebut semula ayat tersusun betul, dengan NIAT mahu menunjukkan cara ayat betul dituturkan, bukan mengkondem silap. Niat dalam hati penting kerana ia boleh dirasai oleh si kecil.
+ Stop membandingkan K dengan adiknya, dan K dengan cucu-cucu lain,  kerana hakikatnya K sangat unik dan bijak. Bandingkan K dengan pencapaian dirinya sendiri sahaja. Ini penting untuk membina konsep kendiri dan self esteem positif dalam dirinya.
+ Akhir kata, sangat sempat untuk membantu K dari saat ini, kerana dia masih mempunyai masa setahun lebih untuk tadika, sebelum ke sistem sekolah rendah formal yang lebih mencabar ekspektasinya.
+ Oh ya, selain set buku Readeasy Network untuk membaca Phonic, saya juga menyarankan untuk samada dihantar ke kelas mental arithmetic atau ibu ke kelas anjuran Islamic Parenting Network yang mengajar ibubapa mengajar sendiri anak akan mental arithmetic memandangkan bakatnya yang tinggi dalam matematik. Ia adalah kaedah mengira dalam bayangan minda. Bermaksud kita polishkan lagi /salurkan bakat anak yang dikenalpasti hingga ke tahap maksimum, manakala kekurangan anak kita perlu bantu (bukan biarkan) untuk sampai tahap optimun demi membantu self esteem dirinya untuk persekitaran dunia nya hari ini. Kita tidak expect K untuk cemerlang no 1 di sekolah namun K berada di tahap tidak paling bawah dan masih mampu mandiri dalam bidang yang dia minat dan boleh buat dengan baik. (Tidak menolak K dari situasi kekurangannya, malah bantu dia, dan dlm masa sama salurkan dia ke arah maksimum potensinya itu).
Sama-sama kita doakan untuk kejayaan membantu K dari support system positif dalam hidupnya.

No comments:

Post a Comment