Monday, May 26, 2014

Bercerita/ Temani Anak Semasa Menonton TV

Posting di FB 25 Mei 2014

BismillahirRahmanirRahim

Selain menonton vcd berunsur hijayyah, animasi kartun islam dan seangkatan dgnnya, baru-baru ini Fateh kerap 'request' menonton video InsyaAllah nyanyian Maher Zain.

Sambil menonton, saya beri cerita penerangan sedikit. Iaitu pabila dalam kesusahan, hanya mohon pada Allah, Allah akan tolong dari pelbagai bentuk. InsyaAllah, Allah yang Maha Mendengar pasti akan bantu.

Kita semua tahu akan point penting pakar-pakar iaitu temani/bersama-sama lah anak pabila mereka menonton TV agar boleh diselitkan apa-apa unsur baik (dalam masa sama nak pantau apa dia tengok dan faham, bab ni kami tiada masalah sebab kami tidak pasang TV, hanya program-program yang dipilih disediakan oleh kami. NI idea dari Puan Lina Karim, Islamic Parenting Network). 

Tapi fokus penulisan saya ini ialah mengenai pembentukan jati diri dan sifat yang ingin ditunjukkan dari kisah manusia lain (12:111, sesungguhnya pada kisah mereka itu terdapat pelajaran/pengajaran bagi yang berfikir). Ia memang betul, kerana apa yang kita fokuskan penceritaan, itulah yg dia sangat ingat.

Contoh, saya ingat lagi video lagu abata ketapi, sejak kecil lagi (setahun lebih), saya nak menarik perhatian dia, saya beri cerita yang huruf Alif naik awan dan pelangi, lepas tu Alif jatuh tergolek2...(then adalah lagi seterusnya).

Menariknya bila Fateh dah bercakap banyak dlm usia 2 tahun, itu yang dok diulang-ulangnya, kini dia pula yang ceritakan kepada kami: "Mummy, mummy, Ayah, tengok tu, Alif jatuh, Alif jatuh, whoaaaa!".

Seperti lagu Maher Zain InsyaAllah tu, agak dewasa ceritanya. Ada tentang kesusahan si penagih dadah (?), sekumpulan orang nak datang mengancam si ibu dan bayi, dan bagaimana akhirnya si lelaki itu tiba-tiba digerakkan hati oleh Allah untuk tidak jadi memukul si penagih dadah. 

Saya bercerita (sebelum ini), hari ini saya pasang ja InsyaAllah Maher Zain tak bercerita dah (tujuannya nak pi buat kerja lain sokojap, lah kan hehe). Tiba-tiba si kecil Fateh yang seperti biasa fokus menonton berkata "Baby takuut", bermakna dia boleh berempati yang si baby sedang dalam ketakutan. (*Sebenarnya dari kisah buku nabi pun dia selalu terfokus kepada isu emosi sebab Mummy dia ni selalu beritahu dia tentang kisah kesian makcik, nangis, sakit, baby lapar susu la dan sebagainya. Si ayah Fateh berkata, Mummy kena fokus kepada cerita positif, sebab pasal Zulaikha tarik baju Nabi Yusof, sampai terkoyak, itu yang si kecil dok fokus, haha. Saya kata biasalah, story macam ni lah orang suka, macam suratkhabar Metro tu kan, sekurangnya dia mendengar kisah ini wujud dari buku kisah Nabi, maka nanti tak lah terkejut heran sangat, almaklumlah saya pun tak memasang berita TV dan beli suratkhabar, biasa baca kat komputer sahaja. Jadinya salusinya ialah kita beritahu pedoman dan cara bagaimana Nabi Yusof menangani situasi mencabar ini, kan pada setiap kisah itu tidak sia-sia, ada pelajaran untuk manusia lain?).

Gunakan Video Kisah Manusia sebagai Storytelling kepada Anak

Hari ini saya cuba pasangkan cerita pendek Sitai, Jati Diri Anak Merdeka (boleh dapatkan di sini ya, bagus betul pengarah Saiful Nang ni, setiap filem pendeknya memang berkesan, selalu saya guna masa bagi talk: http://www.youtube.com/watch?v=pKhI5kzFjNQ, kisah si anak berkorban dan bekerja demi nak kumpul duit beli kamera. Si ayah mungkin stroke, tidak boleh bekerja, duduk sahaja di kerusi roda dan Fateh pelik sebab ayah langsung tidak bercakap. Dalam banyak-banyak penceritaan saya tentang video Sitai, tahu tak apa yang dia fokus dan dok sebut-sebut, diingati si kecil? "Ayah abang? Ayah abang?"  Kemudian terus pi check ayahnya di bilik. Sebab saya ada kata, kesian abang kena kerja sebab ayahnya sakit. Fateh bertuah sebab mummy ayah sihat boleh bekerja...


Khusyuk dia menontonnya buat pertama kali (rasa empati dan sedih hadir, saya agak, kerana
lepas beberapa kali tengok, dia request video lain pulak. Biasanya manusia ada had untuk hati menakung emosi)

Konklusinya, bersamalah anak kecil semasa menonton, dan boleh sangat diterapkan nilai-nilai AsmaulHusna, sifat-sifat baik kemanusiaan dari kecil, kerana sesungguhnya sebagai ibubapa, kitalah yg mencorakkan pemikiran dan halatuju pengurusan emosi dan spiritualnya, kan. Moh, bercerita kepada anak menggunakan video juga selain buku! Dan ingat, semasa kecil belum boleh bercakaplah, dia mendengar dan melihat dengan lebih baik, ya. Sebab 100% otak kanan nya sedang berfungsi dan menyerap segalanya (lingkungan 0-3 tahun).

Alhamdulillah.

Monday, May 5, 2014

5 Bahasa Bayi 1 Hari - 3 Bulan Berkomunikasi



Pun ada kisahnya antara membiarkan bayi menangis lama dengan attend mereka secepat mungkin.

Bagi bayi dalam awal-awal umurnya, perlu lah dilayan / dipenuhi keperluan asasnya seperti susu, basah lampirn (selesa), selamat (pelukan) dan 'warm' (kehangatan) secepat mungkin, jangan lebih 15 saat dibiarkan menangis. Sebab otak mereka terlalu muda, masih peringkat primitif dan survival, belum berkembang baik ke bahagian otak emosi dan otak kognitif. Bila 'attend' cepat, mereka membina kepercayaan tinggi dan kenal siapa prime carer' konsistennya. Mudah untuk ke hadapan bila mereka nak dibentuk disiplin oleh 'prime carer' yang sama. Dalam setahun lebih dari 1.6 tahun, toddler ini lebih matang dan cekap membaca bahasa layanan ibubapa, maka berhati-hati sekiranya mereka memang memanipulasi ibubapa. Namun lain bayi lain peringkat usia manipulasinya ya. Seingat saya, Fateh dalam 1.8 baru mula tangisan merengek manipulasinya (tiada airmata) (semasa mahu dibantu turun dari kerusi, pabila saya menghampirinya sahaja, dia terus sengeh, sabo aja ya, hehe). 

Sunday, May 4, 2014

Belon dan Emosi Ringan Anak Kecil

Belon. Semua budak suka belon. Sebab apa? Sebab belon ringan macam budak juga, mudah lepas, tak simpan apa-apa. So jiwa muda mereka ringan dan gembira sentiasa. 

Bila dewasa, kurang dah minat belon sebab dah banyak pengalaman dan pemikiran, berat jadinya. Kebanyakannya menghalang untuk spontan, perlu berfikir dahulu. Dan bila berfikir yang negatif, jadi takut dan risau sendiri, yang mana  90% apa yang ditakutkan tu x berlaku, ia hanyalah ciptaan pemikiran sendiri aja...

Ayahnya Fateh pernah bermain layang-layang Fateh. Dan dia sungguh seronok. Saya berkata, lihatlah, anak kecil kita sangat mudah dan berani melayangkan layang-layang tinggi di udara. Kanak-kanak kecil biasanya memang ringan emosinya dan lepas bebas. Sebaliknya kita orang dewasa ni, kerap berat memandang ke tanah dan lupa memohon pertolongan dari Allah Yang Maha Esa, yang disinonimkan tinggi dan perkasa nun di 'atas sana'..

Sama-sama kita ambil iktibar, dan mari kita layangkan belon atau layang-layang tinggi bebas di udara!!

***Untuk release stress pun amat la baik :)

Belon Kembar Tiga katanya
Belon Kembar Tiga
Nak tiup belon ni semula

Fateh 1 thn 10 bulan dan layang-layangnya

Pabila Hati Anak Kecil Terluka

BismillahirRahmanirRahim

Muhasabah diri.

Sejak kebelakangan ini, Fateh sangat jelas akan membaling dan boleh memukul pabila rasa marah dan geramnya melanda dalam jiwanya. Hari ini, bila saya bertanya, pernah tak 'Mak' marah Fateh, jawabnya "belum". Saya tambah, pernah tak Mummy (saya la) marah Fateh, pun jawabnya "belum". (Mak ialah pengasuhnya, yang kami dapati sedikit tegas lah, namun amat prihatin).

Saya faham yang umur 1.5 - 3, kanak-kanak sedang peringkat ekspresikan dirimu dan cepat sekali meluahkan apa dirasa dengan perilaku, bukan perkataan. Cara bantu / sediakan anak untuk luahkan dengan asertif ialah kita tunjukkan kepada dia contoh luahan, cth : "Mummy rasa geram ni, sebab.....Jadi Mummy nak minta Fateh.... ". Kelakarnya dia pun sudah pandai luahkan, tapi pendek aja, "Geram, geram..". Tambahkan vocabulary perkataan perasaan banyak-banyak dalam perbualan harian, secara positif, dan rasional bukan beremosi. Mereka akan belajar lebih matang dalam menangani emosi mereka kelak dewasa nanti.

Petanda anak sedang belajar dengan jujur, adjust akan tingkahlaku betul salah, dan diterima/ tak diterima

1) Dia akan cek balik, "macam ni?", "macam ni?" bila saya ajar dan beritahu, "tak boleh pukul kat manusia/ orang/ tangan/ badan orang, tapi boleh kat bantal, or tilam. Macam ni, macam ni tu maksud dia ialah 'pukul kat sini boleh', bagaimana pula jika pukul kat sini?. Pattern yang sama apabila dia cek balik betul tak kaki kiri atau kanan, untuk masuk bilik air kaki kiri dan keluar bilik air kaki kanan. Kadang dia saja, test kaki lagi satu, namun sebenarnya mungkin dia tidak pasti atau mahu memastikan 'kanan' ialah ini dan 'kiri' ialah ini. (bersangka baiklah dengan anak kecil yang jujur ya) (* rujuk nota bawah sekali mengenai penerangan mengapa kanak-kanak mahu mengenalpasti akan usaha nya memenuhi permintaan kita)

2) Semasa dia mengoyakkan buku dan poster di dinding, dia tidak melihat wajah saya untuk tengok reaksi saya, sebaliknya leka dan fokus melihat kulit buku yang sedang dikoyaknya. Sebenarnya dia sedang mahu melihat "apa kesan jika saya tarik hingga habis kertas ini?". "Ohh.. Tiba-tiba ibu saya bersuara kuat kelihatan marah dan kecewa dengan tingkahlaku saya tadi. Mengapa?"

Ini antara artikel dan website yang saya selalu baca dahulu. Artikel ni sangat bagus. Baca dan hadamkan ya. )



Dua petanda anak terluka, pada hemat saya, bila saya muhasabah diri, untuk kes Fateh yang 'fragile' ni.

1) menangis - terus meledak, sebab anak kecil dari baby lagi memang mekanisma nya ialah menangis untuk yang 'negative feelings' macam sedih, takut, marah, kecewa dan sebagainya ('last week' memang dia terus menangis ledak)

2) tidak menangis, iaitu sebaliknya. Diam aja sambil buat apa-apa seperti sedang berfikir nak memahami. Tidak lama kemudiannya keluar kat tingkahlaku lain yang mencabar tanpa dia sedar / mahu. Dan dia memang tidak faham kenapa perbuatannya itu salah. Dia jadi keliru, terus buat apa saya 'channelkan' (koyak suratkhabar). Masa ni biasanya saya selalu sebut, saya nak buku ni dijaga baik, agar Fateh dan adik Fateh boleh guna lama.. (bila boleh tenang, biasa nya ok, bila tadi geram sangat tinggi, cakap pun jadi ditenggelami emosi, tak syok kan :)

3) tadi petang maghrib dia menahan diri dari menangis, tapi airmatanya tertakung di mata sahaja, dan sempat lagi tetiba berkata, "mana ayah?". (Teringat 'support system' dia yang lain selain maknya). Kebetulan memang ayah balik, 'then' dia pergi kepada ayah dan terus meletus ledakan menangisnya. (Saya sedar masa tengok airmata bertakung kat mata dia, dia terluka hati. Pagi tu sebenarnya saya ada sebut, apalah sangat buku koyak berbanding harga hati Fateh yang tak ternilai harganya - sambil peluk dia..)

Nota.

*kisah maghrib tu saya sedar dia marah sebab saya sedang syok merakam video aksinya menukul dengan set hammer, skru dan nutnya sambil ikut nyanyi kakak Puteri VOU lagu Al Fatihah meaning dan Bismillah Alhamdulillah, dicampur dengan sebelum tu dia dok test pukul dengan hammer mainan ke tangan saya dan hp saya:- so sebenarnya dia marah dengan hp itu, maka nak ajar pun x seronok pabila dikuasai emosi amarah. Kedua sebab sedang period maka emosi senang dikuasai iblis, huh..

Jangan lupa baca artikel saya pasal menangani rasa marah kepada anak kecil

http://maznahibrahimscorner.blogspot.com/2014/05/cara-menangani-rasa-marah-pada-anak.html


Teknik Solusi / Strategi Bijak Channelkan Tingkahlaku Negatif

1) Koyak - saya beri suratkhabar lama untuk dikoyaknya sepuasnya. Nampaknya berkesan, untuk kepuasan. Namun perlu diberitahu secara berhemah dan hormat, iaitu buku dan poster tidak boleh koyak kerana nak guna, manakala kertas suratkhabar adalah tidak pakai, dan boleh koyak. 'Teknik Nabi - Menerangkan Kesalahan'.

2) Membaling - belum jumpa dan cuba kaedah tertentu sebenarnya. Kini saya berfikir untuk sediakan bakul (dan akan datang saya dah belikan basketball kanak-kanak untuknya), untuk dibalingkan sesuatu secara berobjektif, bersasar dan bermanfaat. Lain, alat yang baling dat dekat bulatan ber bulatan tu juga agak baik. Konsepnya, membaling.


Basketball untuk kanak-kanak, berjaya dibeli selepas itu.
3) Memukul ke badan - i) pukul nut skru / alatan pertukangan dengan hammer mainan, (Boleh rujuk alatan mainan ini dlm video youtube lama dia ni) ii) pukul lantai dengan hammer mainan besar berbunyi tu, iii) high 5 dengan tapak tangan ibu bapa, iv) pukul beg 'punching bag' dengan sekuatnya dan berobjektif, iaitu kena kepada begnya. Boleh rujuk alatan ini di blog fatehscorner: http://fatehscorner.blogspot.com/2014/04/punching-bag-for-kids.html

Ni masa Fateh 1thn 8bln, pertama kali dapat mainan ni, 
terus buat selepas lihat ayah fungsikan semalamnya. 
Then dia terus tinggalkan alatan ini sebab dengar bunyi pagar buka, 
dia ingatkan ayah dah balik, haha



Bila malam, anak dah tidur, lihat semula benda yang kita frustkan siangnya.


Bila koyak, rasa teruk sangat koyakannya, bila dah malam, tengok balik,
kecil aja kesan koyakan ini, nothing changed 
Sama dengan poster ini, kecil sahaja kesannya 
Alhamdululillah, solusi yg sangat baik (yang tak baiknya dalam
keadaan geram beritahu dia silalah koyak banyak2 kertas ini)

Semoga penulisan ini memberi sedikit idea kepada ibubapa di luar sana. InsyaAllah, terima kasih Allah...

Nota.


Early Childhood (2 to 3 years)Autonomy vs. Shame and DoubtToilet TrainingChildren need to develop a sense of personal control over physical skills and a sense of independence. Success leads to feelings of autonomy, failure results in feelings of shame and doubt.
Preschool (3 to 5 years)Initiative vs. GuiltExplorationChildren need to begin asserting control and power over the environment. Success in this stage leads to a sense of purpose. Children who try to exert too much power experience disapproval, resulting in a sense of guilt.

Menurut perkembangan kanak-kanak (psikososial Erik Erikson), peringkat umur 2 macam Fateh ni sedang melalui satu peringkat autonomi (berdikari dan cuba sendirinya), dan sekiranya dimarah dan disalahkan selalu, kanak-kanak boleh membentuk rasa malu dan ragu-ragu yang tinggi. Saya teringat, Fateh selalu meledak menangis pabila 'tersilap' seperti tersadung cawan dan tumpah, atau pinggan jatuh, walhal kami tidak pernah marah kepadanya. Ingat, tenang, dan berikan solusi sahaja.  

Selain itu, rasanya juga dia akan datang (3 tahun) akan mula tegas diri kepada kawalan persekitarannya. Mereka akan berusaha inisiatif melakukan sesuatu, even contoh Fateh pun sibuk membasuh pinggan sendiri (berusaha sendiri mengambil kerusi kecilnya agar sampai ke sinki), mengambil air dengan jug dari botol besar tapisan air RX water kami dan sebagainya. Sekiranya usaha ini tidak dipuji, atau dihalang, atau dimarah, mereka boleh membentuk rasa bersalah yang tinggi, iaitu takut nak mencuba. Kita boleh lihat orang dewasa yang mempunyai sifat seperti ini, yang berkemungkinan kerana dihalang dari usaha semulajadi nya nak buat berbagai perkara.

Cara Menangani Rasa Marah Pada Anak Kecil

BismillahirRahmanirRahim

Posting di FB pada 13 Feb 2014

Persoalan rakan fb kpd sy: tentang cara terbaik utk mengatasi rasa cepat nak marah pd anak2...

Teknik kawan sy: bila nak marah je ingat klu la anak ni xdak esok cmna hidup kita. pernah orang kematian anak kecil kan, minta dijauhkan. anak ni ahli syurga. tak wajar dimarahi atas kesalahan kecil walau diingat berulang kali.

Teknik Ibu Rose: sama, pandang wajah anak, ingat balik, nanti kita tua adakah kita nak dimarah oleh anak pula. sekarang tgn kecil anak tdk kuat memegang gelas dan jatuh tumpah pecah, esok kita tua, tgn tua kita tak larat pegang dan cawan pecah, nak ke anak pula balas mcm apa kita buat kat dia masa kecik. wlu dia xberniat balas, namun sub concious mind dia terikut apa kita treat dia masa kecil2 dulu.

Teknik sy: saya tarik nafas, dan terus buat je apa yg saya perlu buat. cth lap lantai ke, angkat barang ke dapur ke dll, then come back kepada anak dan beritau apa yg kita nak dia buat dgn betul. teknik nabi tunjukkan cara yg betul, elak marah, kemudian anak akan cuba buat spt apa kita tnjukkan, so lepas tu puji terus. anak akan belajar lebih baik begitu utk tidak silap. 

Kadangkala anak sengaja buat silap ni sebab suka tgk reaksi kita (hormon stress keluar kan, ia kelihatan sgt menarik perhatian), or sebab anak nakkan perhatian, esp. yg dah beradik. buat baik dan betul ibu biasa-biasa aja tak heran, tapi bila aku buat salah ibu beri perhatian laa... so dia tends to buat yg kita konfirm akan marah. so caranya gantikan dengan pabila dia buat sesuatu yg baik walau kebaikan kecil, puji melambung nada tinggi excited sama macam marah tu, insyaAllah anak akan pilih utk bertingkahlaku baik sebab dapat reaksi menarik ibu tu, malah jauh lebih positif perasaan yg dia alami, insyaAllah.

Muhasabah dan refleksi diri, aku ni marah sebab apa sebenarnya, lebih kepada penat nak mengelap lantai dan frust sebab dia tak dengar kata or memang marah sebab perlakuan silap anak kcil. biasanya ia adalah kerana perasaan sendiri iaitu penat dan frust--> jd marah, bukan kerana kesalahan si kecil. Maka ia bermakna emosi kita diapi apikan lagi oleh iblis syaitan.

Ingat yang iblis ni sgt sistematik dan berperancangan. mereka suka bila kita lemah dengan emosi marah dan marah anak kecil islam kita. mereka suka tgk generasi islam kita ni dikuasai emosi negatif, agar generasi kita lemah dan kalah dengan emosi dan gagal bangkitkan islam dengan aman, toleransi dan berhemah. kerana kanak2 hari ini adalah leader kpd dunia akan datang, ingat tu.

Bermaksud pabila marah, ia lebih kepada marah dan kecewa terhadap diri sendiri, bukan kerana anak silap. ia lebih kepada silap diri sendiri. or kelukaan semasa kecil yg masih berbuku dan tertanam dalam diri belum terubat dan diubati. maka healing process terbaik ialah kaedah spiritual, mohon pada Allah utk memaafkan individu pernah marah kita dan individu yg kita marah kepadanya. let go. lepaskan, insyaAllah bila beban dalam jiwa dah lepas, kita akan sgt ringan dan mudah nak curahkan kasih syg dan layanan baik kpd si kecil. bermaksud mudah nak apply teknik baru selain teknik marah yg dah ter register lama dalam brain kita sejak 0-6 thun usia kita.. kan 90% otak dewasa dah terbentuk semasa mereka kanak-kanak  berusia 0-5 thun dan 80% ialah 0-2 tahun? maka segala gaya cara sikap kita, dah terbentuk dlm brain semasa kecil yang masih belum mampu memahami dengan kognitif rasional lagi.. ia jadi spontan gayanya bila dah besar sebab dah spontan rakam dlm otak kita sejak awal lagi.. jadi image dan tonjolkan semula. rakam dan play semula.

kdg kala ibu marah dengan suami yg meninggalkan or buat salah, tnpa sedar ter lepas pd anak wlu kesalahan kecil,

kdg kala ibu marah kerana pernah dimarahi ibunya or kakaknya or abgnya semasa kecil, jadi anger itu ter project kepada anakanda kecil yg di bawah pengaruh kuasa ibu kerana anak kecil itu shj yg dia boleh terkam / cengkam, ibu or kakak nya itu besar, lebih tua dan dah jauh, segan je nak balas balik sekarang, kan.

jadi proses kaunseling terapi kadangkala membantu untuk bab healing , proses dan let go ini. boleh jumpa mana-mana individu yang berkemahiran jika perlu seseorang utk guide diri. jika segan xpa, niat, doakan, cari bahan bacaan lagi, boleh buat proses sendiri, doa semula agr dipermudahkan Allah, insyaAllah boleh sesangat sebab kita sgt berkehendak nak berubah ke arah lebih baik, Allah mudahkan. buangkan yg buruk dah telah tertanam tanpa kita sedar dan mahu itu agar boleh masuk yg baru...insyaAllah.  semoga bermanfaat ya.