Saturday, December 28, 2013

Objek Sebagai Simbol Objek Lain; 'Mee Spageti Sebagai Ular'

BismillahirRahmanirRahim

Teknik Tidak Menunjuk Kesalahan, Teknik Solusi

Pada satu ketika selepas makan (hujung-hujung waktu makan anak yang berakhir dengan main), anakanda soleh Fateh menyebut-nyebut beberapa kali “Uuwar! Uuwwar!”

Pada mulanya saya tidak perasan, kemudiannya saya dapati dia berusungguh-sungguh menyatakan apa yang dia nampak itu adalah ‘ular’ (ini kes pergi Taman Ular beberapa kali dan suka betul dengan pengalaman ke taman itu la ni haha :) (saya juga ada figurines binatang dan salah satunya ular, lama dahulu telah diperkenalkan kepadanya).

Saya tidak berkata “Ish, makan aje lah. Mana ada ularnya” atau “Cepat habiskan makanan, Mummy nak kemas pulak ni”.

Sebaliknya saya hanya berkata “Oh, Fateh nampak ular” (sambil beri perhatian iaitu eye contact: ganjaran sosial). Berapa ekor ular ada tu?” (Teknik Tidak Menunjuk Kesalahan). Mulalah dia mengira ala cara dia : “Ti, ti, ti, ti”. “Hmm.. banyaknya ular”, saya menjawab. Anak pun seronok dan sebut “Uuwar” lagi.

“OK dah habis makan kan. Jum kita basuh tangan dan mulut” (Teknik Solusi). Anak pun menurut sahaja sebab puas dapat perhatian dan rekognisi apa yang dia nampakkan itu. 

Kan mudah, Teknik Solusi. Tapi layan dahulu, ini amat penting ya! Saya yakin semua ibu dan ayah mampu melayan dahulu bicara si kecil ini dengan baik.

Nota.

Mengikut Teori Perkembangan Kognitif (Piaget), antara umur 2-7, ciri asas tahap ini adalah penggunaan simbol atau bahasa tanda dan seterusnya berkembang konsep intuitif (umur 4-7).

Jadi, dengarlah apa dikatakan anak, mengiyakan disertai pengesahan dari pengalaman si kecil seterusnya membantu mereka memahami konsep kehidupan, alam simbol dan realiti. 

Peringkat ini juga konversasi (perbualan) belum jelas dan konkrit, maka pengesahan dan mendengar apa dikatakan mereka amat penting agar mereka rasa dihargai dan didengari. 

Semua ibu kebanyakannya faham apa yang anak sebutkan walau pelat dan kurang jelas. Contoh anak saya sebut ‘bendera’ sebagai ‘amenna’ dan ‘umbrella’ juga ‘amenna’, serta ‘uncle’ sebagai ‘aten’ dan banyak perkataan lain lagi. Kerana teknik mendengar yg baik (maklumlah sebagai kaunselor kanak-kanak, Alhamdulillah), mudah saya ‘recognise’ apa yang si kecil maksudkan dari sudut pandangannya. 

Pujilah ia sekiranya anda rasa itu satu perkembangan yg baik. Contoh: “Waah Fateh ingat lagi ular yang kita nampak hari tu, nanti boleh lah lukis ular lepas ni ya!” (kita tambah impak yang kita nak anak capai perkembangan seterusnya) (Alhamdulillah sebelum ni anak sgt excited bila sesi melukisnya sambil sebut “Allah’ (tulis Allah arab tapi panjang ke bawah perlahan-lahan :) atau “Buuwat” (lukis bulat, betul bulat).

Saya doakan semua ibu bapa akan merespons dan melayan luahan awal anak kecil dengan sabar dan penuh perhatian, kerana ini membentuk 'bonding' (hubungan), kerapatan (attachment) dan seterusnya kepercayaan anak kepada kita, dalam bercerita apa sahaja pengalaman baik buruk mereka kepada ibubapa sehingga mereka dewasa kelak, InsyaAllah.

Alhamdulillah.

Photo: Perkongsian Puan Maznah Ibrahim

Spageti tiba-tiba disebut "Uuwar!"

Saturday, December 7, 2013

Teknik 'Channel' Tingkahlaku Negatif Kepada Aktiviti Sihat

BismillahirRahmanirRahim

Teknik Pejam Mata Pada Kesalahan, Tidak Mengkritik, Tidak Marah, Ganti dengan Teknik Menunjukkan Cara Yang Betul bagi Mengeluarkan Energi Kreatif Si Kecil.

Tingkah laku kurang baik pernah ditonjolkan anak saya, Fateh ketika usia 1 tahun lebih dahulu ialah, memukul kepala orang lain :D (aduiih), dan baru ini menyembur air liur (dalam video attach di sini yang saya rakam kerana aksi ayah-anak untuk memori kami, namun tiba-tiba keluar aksi kurang sesuainya :D) dan saya terus channelkan kepada aktiviti sihat :)

Teknik Channelkan Tingkah laku tidak sesuai anak kecil memukul kepala orang lain (sama ada kanak-kanak atau orang dewasa) kepada aktiviti sihat:

1) Saya belikan alat tukul mainan plastik yang berbunyi ‘piit, piit’ tu, dan terus tunjukkan kepada anak: “Fateh, buat macam ni” (ambil alat mainan tukul plastik dan ketuk lantai bertalu-talu).
Hasil, anak akan terus buat seperti ditunjukkan sebab seronok dan spontan, kan. Kemudian jangan lupa untuk puji akan tingkah laku betulnya itu: “Waah, Fateh ketuk keluar la bunyi nya (puji tingkah laku spesifik), Mummy suka! (impak 1). Takdelah Mummy sakit (buat muka sakit) (Impak 2).

2) Rakan saya di satu majlis jamuan raya yang besar menunjukkan cara ini kepada anak secara spontan dan positif, dan saya terus amalkan di rumah.
Pabila anak angkat tangan dan ter ketuk kepala rakan, rakan saya terus menawarkan ‘Give me Five’ tapak tangannya. Otomatik anak terus sambut dan buat tepuk ‘Give me Five’ seluruh tapak tangannya dan mereka buat beberapa kali dengan gembira :D. Saya terus beri ganjaran sosial tanpa material iaitu ‘senyum lebar’ tanda suka. Elok ditambah skrip: “Waah, Fateh boleh buat ‘give me five’ la (puji tingkah laku spesifik), kan seronok tu… (Impak 1). (lama kelamaan tingkahlaku kurang sesuai ini akan terhenti sendiri).

Tingkah laku tidak sesuai anak kecil menyembur air liur dengan seronoknya (dalam video)

1) Teknik menegur kesalahan dengan tidak menunjukkan kepada kesalahannya secara spesifik tetapi memberitahu peraturan umum selamat: “Fateh, khalifah tak menyembur macam tu,”. Kemudian terus arahkan kepada aktiviti selamat lain: “Fateh, Uuuu” (anak menyambut dengan menyebut “Uuu”), “Aa..” (anak menyambut “Aaa”), “Iiiiii”, anak menyambut “Iiiii”, saya sambung “Uuuuu”, anak akan ikut seterusnya. Ba Bi Bu sehingga dia sendiri lupa menyembur dan mahu membaca buku alFurqan pula :)

Mengajar Anak Kecil Bawah 2 tahun Mengenal Huruf Hijayyah.

Anak kerap menyebut huruf lain pabila ditunjukkan flash card huruf hijayyah berbaris atas, kerana lupa. Saya tidak pernah marah, kritik, atau tegur kesalahannya. Sebaliknya saya hanya menyebut huruf yang betul, dan anak akan ulang huruf yang betul itu. Seterusnya saya akan memuji, dan beri ganjaran sosial seperti senyum, tepuk tangan dan sentuh bahu/kepala dan kadangkala cium pipinya.

Contoh: saya tunjukkan huruf ‘La’ (Lam berbaris atas), dan anak hentam sebut lain seperti “Taaa” dengan seronok dan yakinnya (maka saya tahu yang dia betul-betul lupa). Saya terus sebutkan huruf yang betul iaitu “Laaa”, dan anak akan sambut sebut “Laaa” dan saya puji akan tingkahlaku menyebut yang betul itu, dengan berkata “Betul Laaa” serentak tepuk tangan dan senyum lebar (teknik ganjaran sosial). Ini berlaku jika saya nampak anak konfiden sebut huruf walaupun salah dan saya tahu dia lupa. Namun saya hargai usaha nya mahu menyebut, berbanding kadang kala ada mood tak ok nya, dia akan tidak mahu menyebut langsung dan terus menukar topik lain.

Nota.

*Berkenaan anak kecil 1-3 tahun yang kerap melakukan tingkahlaku kurang sesuai dengan norma sosial seperti memukul, menarik rambut, menarik tangan dan sebagainya: kanak-kanak kecil secara semulajadi suka berkawan dan bersosial. Namun mereka tidak tahu bagaimana nak sesuaikan (adjust) tenaga nya dengan betul. Banyak situasi kanak-kanak kecil sayang baby kecil, tapi cakar muka atau ketuk kepala baby kecil itu. Percayalah, mereka tidak sengaja, dan tidak berniat. Terutamanya pertama kali. Tanda mereka sengaja mahu buat anda marah ialah: sambil pandang ibu, sambil ketuk kepala. Itu maksudnya mereka mahukan perhatian, dan melalui melakukan kesalahan, mereka mendapat perhatian segera walaupun ia berbentuk jeritan marah dari ibu.

*KEY nya ialah mereka perlu ditunjukkan berkali-kali akan cara yang betul dalam aspek sentuhan selamat, iaitu belai, usap, pegang perlahan dan sebagainya. Apabila mereka cuba melakukan seperti yang kita tunjukkan cara yang betul itu, pujilah akan tingkahlaku nya, bukan orangnya.

*Puji orang memang berbahaya, puji tingkah laku, boleh dibentuk, dididik dan dilentur seterusnya. Contoh: puji orangnya: “Waah pandai..” apabila anak sebut betul huruf. Apa kata jika anak sebut salah, adakah tidak pandai? Maka kita nak kata apa? Perkataan berbentuk ‘pandai’, ‘baik’, ‘cantik’, ‘bagus’ adalah generalisasi dan konotasinya adalah saya pandai / baik / cantik / bagus. Jika tingkahlaku nya sebaliknya? Maka saya bodoh / jahat / hodoh / buruk?

*Teknik nabi memang memuji bukan kepada orangnya namun kepada tingkahlaku spesifik nya. Mereka perlu tahu apa yang betul, dan apa yang salah secara jelas, iaitu tingkah laku spesifik yang betul dan salah. Pujian orang itu berbentuk label. Teknik parenting barat kebelakangan ini juga sudah mula meng ‘highlight’ kan akan cara pujian yang betul iaitu puji tingkah laku spesifik. ‘Labelling’ sangat berbahaya kerana boleh menjatuhkan self esteem kanak-kanak (penghargaan kendiri, keyakinan diri). Jika anda perasan, perkataan baik, pandai dan cantik adalah berbentuk subjektif. Jika pandai, pandai semuanya ke? Pandai apa? Banyak keadaan individu pandai di situ, tapi lemah di sini. Pandai memasak, subjek kemahiran, namun lemah matematik, contohnya. Maka elakkan puji orang kerana ia berbentuk ‘labelling’, subjektif dan menyeluruh.

*Umur 0-3 / 4 tahun masih kuat otak kanannya. Menunjukkan cara betul adalah sangat sesuai dengan usia kecil kerana mereka boleh melihat contoh dan terus belajar melakukannya. Perkataan marah, dan sebagainya menghala kepada bebelan dan kesalan diluahkan, yang bakal merobek hati si kecil tanpa anda sedar sebenarnya boleh dikategorikan sebagai penderaan emosi di dalam Child Act 2001 apabila anak percaya itu betul (contoh "saya bodoh") dan self esteem nya jatuh.

*Contoh “Jangan lari” , kanak-kanak kecil tidak nampak dan faham apa maksud ‘jangan lari’, tetapi mereka nampak perkataan ‘lari’ sebagai aksi ‘lari’, maka mereka akan terus ‘berlari’ :). Gantilah dengan arahan positif seperti “hati-hati” atau “jalan perlahan”. “Jangan panjat” kepada “turun” , “jangan bergerak” kepada “”berdiri tegak” dan “jangan bercakap” kepada “bercakap bila perlu”.

*Usia menginjak sekitar 4 tahun, kanak-kanak sudah kuat otak kirinya. Penjelasan dan penerangan adalah lebih sesuai, iaitu dibawa kepada berbincang dan komunikasi positif Q n A dari anak kecil sangat digalakkan untuk diamalkan. Hatta anak kecil setahun pun boleh diberitahu penerangan walau tidak faham, kerana mereka mendengar, kan? Maka pabila besar sedikit, penerangan akan jadi lebih mudah kerana mereka pernah mendengar dan mengalami peristiwa silap dan pelajaran serta didikan di sepanjang tempoh itu.

Walhamdulillah. Segala yang baik dan betul itu dari Allah, dan jika silap, datang dari kelemahan dan kekhilafan saya sendiri. Wallhualam. Allah Maha Mengetahui dan Maha Berilmu.