Sunday, May 4, 2014

Cara Menangani Rasa Marah Pada Anak Kecil

BismillahirRahmanirRahim

Posting di FB pada 13 Feb 2014

Persoalan rakan fb kpd sy: tentang cara terbaik utk mengatasi rasa cepat nak marah pd anak2...

Teknik kawan sy: bila nak marah je ingat klu la anak ni xdak esok cmna hidup kita. pernah orang kematian anak kecil kan, minta dijauhkan. anak ni ahli syurga. tak wajar dimarahi atas kesalahan kecil walau diingat berulang kali.

Teknik Ibu Rose: sama, pandang wajah anak, ingat balik, nanti kita tua adakah kita nak dimarah oleh anak pula. sekarang tgn kecil anak tdk kuat memegang gelas dan jatuh tumpah pecah, esok kita tua, tgn tua kita tak larat pegang dan cawan pecah, nak ke anak pula balas mcm apa kita buat kat dia masa kecik. wlu dia xberniat balas, namun sub concious mind dia terikut apa kita treat dia masa kecil2 dulu.

Teknik sy: saya tarik nafas, dan terus buat je apa yg saya perlu buat. cth lap lantai ke, angkat barang ke dapur ke dll, then come back kepada anak dan beritau apa yg kita nak dia buat dgn betul. teknik nabi tunjukkan cara yg betul, elak marah, kemudian anak akan cuba buat spt apa kita tnjukkan, so lepas tu puji terus. anak akan belajar lebih baik begitu utk tidak silap. 

Kadangkala anak sengaja buat silap ni sebab suka tgk reaksi kita (hormon stress keluar kan, ia kelihatan sgt menarik perhatian), or sebab anak nakkan perhatian, esp. yg dah beradik. buat baik dan betul ibu biasa-biasa aja tak heran, tapi bila aku buat salah ibu beri perhatian laa... so dia tends to buat yg kita konfirm akan marah. so caranya gantikan dengan pabila dia buat sesuatu yg baik walau kebaikan kecil, puji melambung nada tinggi excited sama macam marah tu, insyaAllah anak akan pilih utk bertingkahlaku baik sebab dapat reaksi menarik ibu tu, malah jauh lebih positif perasaan yg dia alami, insyaAllah.

Muhasabah dan refleksi diri, aku ni marah sebab apa sebenarnya, lebih kepada penat nak mengelap lantai dan frust sebab dia tak dengar kata or memang marah sebab perlakuan silap anak kcil. biasanya ia adalah kerana perasaan sendiri iaitu penat dan frust--> jd marah, bukan kerana kesalahan si kecil. Maka ia bermakna emosi kita diapi apikan lagi oleh iblis syaitan.

Ingat yang iblis ni sgt sistematik dan berperancangan. mereka suka bila kita lemah dengan emosi marah dan marah anak kecil islam kita. mereka suka tgk generasi islam kita ni dikuasai emosi negatif, agar generasi kita lemah dan kalah dengan emosi dan gagal bangkitkan islam dengan aman, toleransi dan berhemah. kerana kanak2 hari ini adalah leader kpd dunia akan datang, ingat tu.

Bermaksud pabila marah, ia lebih kepada marah dan kecewa terhadap diri sendiri, bukan kerana anak silap. ia lebih kepada silap diri sendiri. or kelukaan semasa kecil yg masih berbuku dan tertanam dalam diri belum terubat dan diubati. maka healing process terbaik ialah kaedah spiritual, mohon pada Allah utk memaafkan individu pernah marah kita dan individu yg kita marah kepadanya. let go. lepaskan, insyaAllah bila beban dalam jiwa dah lepas, kita akan sgt ringan dan mudah nak curahkan kasih syg dan layanan baik kpd si kecil. bermaksud mudah nak apply teknik baru selain teknik marah yg dah ter register lama dalam brain kita sejak 0-6 thun usia kita.. kan 90% otak dewasa dah terbentuk semasa mereka kanak-kanak  berusia 0-5 thun dan 80% ialah 0-2 tahun? maka segala gaya cara sikap kita, dah terbentuk dlm brain semasa kecil yang masih belum mampu memahami dengan kognitif rasional lagi.. ia jadi spontan gayanya bila dah besar sebab dah spontan rakam dlm otak kita sejak awal lagi.. jadi image dan tonjolkan semula. rakam dan play semula.

kdg kala ibu marah dengan suami yg meninggalkan or buat salah, tnpa sedar ter lepas pd anak wlu kesalahan kecil,

kdg kala ibu marah kerana pernah dimarahi ibunya or kakaknya or abgnya semasa kecil, jadi anger itu ter project kepada anakanda kecil yg di bawah pengaruh kuasa ibu kerana anak kecil itu shj yg dia boleh terkam / cengkam, ibu or kakak nya itu besar, lebih tua dan dah jauh, segan je nak balas balik sekarang, kan.

jadi proses kaunseling terapi kadangkala membantu untuk bab healing , proses dan let go ini. boleh jumpa mana-mana individu yang berkemahiran jika perlu seseorang utk guide diri. jika segan xpa, niat, doakan, cari bahan bacaan lagi, boleh buat proses sendiri, doa semula agr dipermudahkan Allah, insyaAllah boleh sesangat sebab kita sgt berkehendak nak berubah ke arah lebih baik, Allah mudahkan. buangkan yg buruk dah telah tertanam tanpa kita sedar dan mahu itu agar boleh masuk yg baru...insyaAllah.  semoga bermanfaat ya.

No comments:

Post a Comment