Wednesday, April 23, 2014

Fateh dan Realisasi Bukit

Bismillah.

Ingat tentang hasrat Fateh nak naik bukit itu? :-D

Sangat besar kekuasaan Allah yang mengizinkan dan mengabulkan doa (kata-kata hamba Nya). Besar juga kuasa minda dan hasrat/keteringinan seseorang manusia. Apatah lagi dengan respon yg terbuka tentang hasrat itu (berusaha beri respon terbuka, berbanding tertutup), rupanya menjayakan sesuatu yg kelihatan agak mustahil pada awalnya.

Beberapa minggu yg lalu, Fateh telah berjaya 'menaiki bukit' walau dengan menaiki kereta. Ini pun pada mulanya saya tak perasan langsung, sebab kami ke pasar Wang Kelian belah Malaysia untuk tolong belikan 'Teacher Laptop' mainan kanak2 yg ditempah beberapa rakan FB.

Otw pulang, suami tiba2 mahu berhenti hanya untuk merakam gambar di atas bukit itu. Apa nama bukit itu, saya pun tidak tahu.
Saya ulang beberapa kali, "Fateh dah berjaya naik bukiittt..!". Terdiam sahaja dia. ^_^

Yg seronok juga, ada batu tanda sama tempat pelakon utama filem pendek "Passport Ekspress" berdiri dan menjerit melepaskan perasaan terbuku di dalam dada. Saya ambil kesempatan bergambar juga.

Sambungan dari itu, semalam, di denai, dengan kehadiran tiga kanak-kanak kecil kawan Fateh : Kakak Balqis (7), Kakak Tasya (6) dan Abg Bazli (5), yang sangat aktif, merealisasikan sekali lagi pengalaman naik bukit bersama-sama Fateh, iaitu mendaki dengan kaki sendiri pula ^_^… Bukit itu memang sangat kecil, namun besar utk mereka agaknya...

Menarik betul kuasa hasrat (hati), minda (bayangan mental imaging otak kanan kanak2) dan respon ibu (berkat rela dan redha ibu) ni..  Semoga segala kata-kata kita dapat dipelihara, kerana ia adalah satu doa. Saya juga berazam mahu ucapkan yang baik-baik sahaja.. InsyaAllah.

Alhmdulillah.

Monday, April 14, 2014

PPH: Fateh and His Body Parts

Bismillah,

Seronok tengok bila anak pertama kali boleh kenal anggota badan dengan betul, kan?

Ni video fateh dan bahagian badannya masa umur 1 tahun 4 bulan


Ini pula Fateh n His Body Parts masa 1 tahun 7 bulan



Bezanya: masa kecil, dengar --> kenalpasti -->  tunjuk

Besar sedikit, dengar --> kenalpasti --> tunjuk sambil sebut (cakap) (Allah mengajarnya pandai berbicara, Ar Rahman: 4)

Pendengaran, Penglihatan dan Hati (PPH)

Manusia belajar dengan 3 step ini, dengar, lihat dan faham dengan hati.

Dengar (diajarkan), sambil melihat pabila diajarkan, kemudian furqankan iaitu kenalpasti (bedakan) dengan hati.

Pembelajaran untuk usia kecil amat cepat dan efektif, terutama dengan pembelajaran mendengar, melihat tingkahlaku dan faham dari hati.







Monday, April 7, 2014

Fateh & Bukit Itu

BismillahirRahmanirRahim

Sy terfikir sesuatu masa kat RnR Tapah baru ni. Pasal anak kecil yang tiada pengalaman banyak, mereka tiada ekspektasi apa-apa bila kita beritahu sesuatu, kan.

Jadi anak akan lambat respon sebab 'first time' dengar jawapan kita, dia akan senyal lama, or hmm?? 'Then' kita ulang-ulang penerangan. Lama lepas tu dia akan jawab hmm.. (Tanda setuju). (Ini cth cara jawapan fateh lah).

Makna kita kena sabar masa 'explain' sesuatu kat dia, sebab dia sedang proses nak memahami sesuatu. Kognitif dia sedang proses input itu.

Cth: Fateh kata "nak nek bukiiit" (bukit besi hangit kat rumah saya). Aduh, apa saya nak jawab.

Fateh 10 Feb 2014, 7.30 am, genap 2 tahun
Lain: "Nak gi sekolah..."

Saya jawab, "Fateh umur 4 tahun, besar sikit, Fateh boleh g sekolah ya". Lama baru dia jawab "hmm!" setuju dia tu.
Fateh pertama kali tengok Twin Tower, diperkenalkan nama bangunan itu,
senyap sahaja dia (sedang me register kot macam bukit itu)

Saya jawab: "Fateh, nanti fateh besar sikit, Fateh boleh panjat bukit, ya!" Lama sikit, baru dia 'reply'. "Hm!" Tanda setuju. (Esok dia tanya lagi, sy jawab sama lagi).

Maksud kita sabar untuk dia 'reply' (terima, atau tolak. Tolak, memberontak sebab tak faham kenapa xboleh, terima sebab faham separuh, 'which is now i can't get it').

Bila kita 'first time' diberitahu sesuatu, contoh tempat keje baru, kita tak faham sepenuhnya cara kerja tu. Lambat sikit nak proses, kan. Maklum, budak baru belajar. Bila dah 3 tahun keje yang sama, kita cepat faham dan terus bertindak, kan.

So macam nak ajar anak pakai kasut or dia nk masukkan butang baju, lambat kan, kena sabar, sebab dia sedang proses isi pembelajaran itu. Bila keadaan biasa, kita memang xsabar sebab lama, kita akan buatkan untuk dia. So kat situ dia tak belajar banyak (sesekali memang kita akan buatkan sebab nak cpt, kan, jadinya kurangkan untuk buatkan, biar lambat tapi dia akan master dalam sesuatu skill tu).

So 'key' nya adalah sabar sebab mereka segalanya adalah pertama kali atau awal-awal pembelajaran, hidup pun baru 1-2 tahun, kita ni berpuluh-puluh tahun, sangat tidak wajar nak marah atau geram kerana hakikatnya mereka memang layak untuk 'slow' bagi sesuatu yang baru nak difahami dan dilakukan.

07/04/14, R n R Tapah, Fateh 2.1

Wallahualam.

Friday, April 4, 2014

KAMI

BismillahirRahmanirRahim

Kami adalah Khalifah Allah, berniat merakamkan segala pendidikan bermakna untuk anakanda KAMI, bagi rujukan dan peringatan diri dan sesiapa yang mungkin mencari sesuatu daripadanya.

Kami senantiasa mahu belajar, akan ilmu keibubapaan yang haq. Berdoa kepada Ilahi agar apa yang kami laksanakan adalah yang terbaik yang mampu kami lakukan demi generasi penerus dunia Islam ke hadapan. Segala yang dikongsikan adalah serba sedikit penulisan yang dilakukan di dalam FB peribadi saya sebelum ini dan ke hadapan khusus di dalam blog ini. 

Didoakan agar sedikit perkongsian di dalam ini memberi manfaat kepada para ibubapa yang lain, malah membuatkan kami terus berusaha yang terbaik, muhasabah diri dan menilai serta menambahbaik akan diri kami. Amin. 


Ya Allah, Kau mudahkan usahaku menulis catatan di dalam blog ini dengan niat tidak lain dari memperoleh keredhaanMu dunia dan akhirat. Dan Kau mudahkan segala usaha ibubapa lain untuk mempraktikkan ilmu yang haq juga demi matlamat yang sama dengan kami juga.