Monday, May 26, 2014

Bercerita/ Temani Anak Semasa Menonton TV

Posting di FB 25 Mei 2014

BismillahirRahmanirRahim

Selain menonton vcd berunsur hijayyah, animasi kartun islam dan seangkatan dgnnya, baru-baru ini Fateh kerap 'request' menonton video InsyaAllah nyanyian Maher Zain.

Sambil menonton, saya beri cerita penerangan sedikit. Iaitu pabila dalam kesusahan, hanya mohon pada Allah, Allah akan tolong dari pelbagai bentuk. InsyaAllah, Allah yang Maha Mendengar pasti akan bantu.

Kita semua tahu akan point penting pakar-pakar iaitu temani/bersama-sama lah anak pabila mereka menonton TV agar boleh diselitkan apa-apa unsur baik (dalam masa sama nak pantau apa dia tengok dan faham, bab ni kami tiada masalah sebab kami tidak pasang TV, hanya program-program yang dipilih disediakan oleh kami. NI idea dari Puan Lina Karim, Islamic Parenting Network). 

Tapi fokus penulisan saya ini ialah mengenai pembentukan jati diri dan sifat yang ingin ditunjukkan dari kisah manusia lain (12:111, sesungguhnya pada kisah mereka itu terdapat pelajaran/pengajaran bagi yang berfikir). Ia memang betul, kerana apa yang kita fokuskan penceritaan, itulah yg dia sangat ingat.

Contoh, saya ingat lagi video lagu abata ketapi, sejak kecil lagi (setahun lebih), saya nak menarik perhatian dia, saya beri cerita yang huruf Alif naik awan dan pelangi, lepas tu Alif jatuh tergolek2...(then adalah lagi seterusnya).

Menariknya bila Fateh dah bercakap banyak dlm usia 2 tahun, itu yang dok diulang-ulangnya, kini dia pula yang ceritakan kepada kami: "Mummy, mummy, Ayah, tengok tu, Alif jatuh, Alif jatuh, whoaaaa!".

Seperti lagu Maher Zain InsyaAllah tu, agak dewasa ceritanya. Ada tentang kesusahan si penagih dadah (?), sekumpulan orang nak datang mengancam si ibu dan bayi, dan bagaimana akhirnya si lelaki itu tiba-tiba digerakkan hati oleh Allah untuk tidak jadi memukul si penagih dadah. 

Saya bercerita (sebelum ini), hari ini saya pasang ja InsyaAllah Maher Zain tak bercerita dah (tujuannya nak pi buat kerja lain sokojap, lah kan hehe). Tiba-tiba si kecil Fateh yang seperti biasa fokus menonton berkata "Baby takuut", bermakna dia boleh berempati yang si baby sedang dalam ketakutan. (*Sebenarnya dari kisah buku nabi pun dia selalu terfokus kepada isu emosi sebab Mummy dia ni selalu beritahu dia tentang kisah kesian makcik, nangis, sakit, baby lapar susu la dan sebagainya. Si ayah Fateh berkata, Mummy kena fokus kepada cerita positif, sebab pasal Zulaikha tarik baju Nabi Yusof, sampai terkoyak, itu yang si kecil dok fokus, haha. Saya kata biasalah, story macam ni lah orang suka, macam suratkhabar Metro tu kan, sekurangnya dia mendengar kisah ini wujud dari buku kisah Nabi, maka nanti tak lah terkejut heran sangat, almaklumlah saya pun tak memasang berita TV dan beli suratkhabar, biasa baca kat komputer sahaja. Jadinya salusinya ialah kita beritahu pedoman dan cara bagaimana Nabi Yusof menangani situasi mencabar ini, kan pada setiap kisah itu tidak sia-sia, ada pelajaran untuk manusia lain?).

Gunakan Video Kisah Manusia sebagai Storytelling kepada Anak

Hari ini saya cuba pasangkan cerita pendek Sitai, Jati Diri Anak Merdeka (boleh dapatkan di sini ya, bagus betul pengarah Saiful Nang ni, setiap filem pendeknya memang berkesan, selalu saya guna masa bagi talk: http://www.youtube.com/watch?v=pKhI5kzFjNQ, kisah si anak berkorban dan bekerja demi nak kumpul duit beli kamera. Si ayah mungkin stroke, tidak boleh bekerja, duduk sahaja di kerusi roda dan Fateh pelik sebab ayah langsung tidak bercakap. Dalam banyak-banyak penceritaan saya tentang video Sitai, tahu tak apa yang dia fokus dan dok sebut-sebut, diingati si kecil? "Ayah abang? Ayah abang?"  Kemudian terus pi check ayahnya di bilik. Sebab saya ada kata, kesian abang kena kerja sebab ayahnya sakit. Fateh bertuah sebab mummy ayah sihat boleh bekerja...


Khusyuk dia menontonnya buat pertama kali (rasa empati dan sedih hadir, saya agak, kerana
lepas beberapa kali tengok, dia request video lain pulak. Biasanya manusia ada had untuk hati menakung emosi)

Konklusinya, bersamalah anak kecil semasa menonton, dan boleh sangat diterapkan nilai-nilai AsmaulHusna, sifat-sifat baik kemanusiaan dari kecil, kerana sesungguhnya sebagai ibubapa, kitalah yg mencorakkan pemikiran dan halatuju pengurusan emosi dan spiritualnya, kan. Moh, bercerita kepada anak menggunakan video juga selain buku! Dan ingat, semasa kecil belum boleh bercakaplah, dia mendengar dan melihat dengan lebih baik, ya. Sebab 100% otak kanan nya sedang berfungsi dan menyerap segalanya (lingkungan 0-3 tahun).

Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment