Saturday, August 30, 2014

Stres di Kalangan Kanak-kanak: Kisah Fateh 2.6 dan Remote Control Keretanya

Saya ingat lagi antara point penting dalam presentasi dari pencarian saya mengenai stres di kalangan kanak-kanak prasekolah ialah kerana mereka hilang daya kawalan diri (self control) kepada satu-satu situasi itu. 

JIka perasan, tanda mereka stres: paling mudah dilihat dari tingkahlaku seperti mengamuk, marah, memukul, menangis dan seangkatan dengannya. Kita perlu juga tingkatkan skill diri kita dengan mengenalpasti emosi anak (yang tidak mampu diluah dengan perkataan oleh mereka, seperti mak saya rasa sedih sebab...) kerana dari itu, kita boleh tahu 'underlying cause/issue' mereka dan boleh bantu mereka dalam 'self regulation', iaitu bagaimana mengendali emosi dan 'adjust' dengan emosi itu sebaik mungkin, dengan tidak mencederakan emosi dan fizikal orang lain.
Kelebihan bila kita ada skill mengenalpasti emosi anak (ia sebahagian dari skill EQ), kita tak akan marah anak dengan kerenah / tingkahlaku mereka ketika itu. Sama juga dengan orang dewasa lain yang faham atau ada pengalaman anak seperti ini, mereka tidak akan marah atau menegur negatif, sebaiknya membiarkan sahaja atau bantu bila perlu.

Dalam hal ini saya puji tiga rakan saya yang positif dan memahami situasi ini.

Semalam Fateh amat kecewa kerana abang dan kakak sepermainannya ada kereta RC (remote control), manakala dia hanya ada helikopter bergerak sahaja. Semua ini baru beli di kedai yang sama. Saya boleh rasakan tingkahlaku expressive negatifnya dari suara tingginya, rengekannya, menangis membentaknya dan pergerakannya yang tidak berhenti sesaat pun, ke hulu ke hilir, berlari, bermain dan bercakap sentiasa. Kemuncaknya menangis meledak kuat tidak berhenti. Ini paling tinggi dalam sejarah hidup Fateh, ditambah dengan tempoh jumlah masa 'drama' ini mungkin dalam 1-1.5 jam. Boleh rasa adrenaline hormon stres betul dia terembes-rembes.. Kasihan dia, dia perlu dibantu ( bukan dimarah yang akan menambahkan lagi sedih dan kecewa secondary pula ).

Alhamdulillah, saya cepat recognise iaitu dia rasa 'terancam' dan kecewa kerana (underlying issue) remote control keretanya sudah lama hilang, dan berkali-kali dia minta kami carikan. Kami cuba mencari, beberapa kali dan tidak berjaya. Kami beritahu dia. Esok-esok dia tanya dan minta kami cari lagi. Masih belum puas dan mahu cuba cari lagi (jenis determine dan usaha tak lelah punya karektor, macam saya).

Ditambah dengan tidak tidur selama 11 jam (dari 6 am pagi bangun ke 5 pm) akhirnya baru tidur, dia amat penat. Tidurnya pun meracau dan terbangun-bangun. Sejam kemudian bangun, tidur semula, bangun, tidur semula, meracau dan tidur lama.

Menariknya, dalam pukul 1 lebih am, Fateh bangun dan mood ok :) Dia teringat helikopter, main, dan bertanya di mana abang? Mana aunty? Saya beritahu abang, aunty balik rumah lah. Sebab? tanya dia. Sebab mereka nak tidur di rumah mereka lah..takkan nak tidur rumah Fateh pulak.

Sambung tidur lepas puas main tengah malam tu. Bangun paginya (pun mood ok sebab terus jalan ke arah saya di meja makan dengan terpisat-pisat matanya, saya welcome morning dia skrip rutin: Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Ya Muhammad Al Fateh Al Hafiz sambil peluk dan usap belakang dia), dia tanya lagi mana abang? Saya cakap abang dah balik lah. Katanya, abang balik sebab Ateh nak main kereta dia ke? (Nampaknya rasa bersalah dia muncul, sebab aku sibuk nak main mainan kereta abang, maka abang pun balik). Saya kata, tak, bukan sebab kereta tu, abang memang akan balik juga.

Mood dia ok dan resolved. Bagaimana saya tahu resolved? Sebab saya boleh rasa, kecemasan dan degupan jantung dia, laju cemas takut marah sedih kecewa vs. emosi tenang, selesa, gembira dan ringan . Pagi ini dia memang tenang gembira :) Alhamdulillah.

Refleksi dan Tips Solusi:

* Sebenarnya abang dan kakak banyak bertolak ansur dengan memberi dia pinjam akan kereta kontrol mereka. Pujian untuk kakak 5 tahun dan abang 7 tahun ini saya berikan segera (otak kiri dah matang).

* Fateh sebenarnya overwhelmed lebih kepada amat letih fizikal, mental dan emosi untuk mampu membendung emosi kecewa semasa dan emosi kecewa lamanya: remote dia hilang dah lama (sebenarnya saya ada tanya kat kedai itu, ada jual remote control sahaja tak? tak ada kata mereka), maka rasa cemburu dan terancam membuak-buak terhadap abang kakak yang serentak berdua ada kereta dengan remote control yang boleh berfungsi pula. Ditambah karektor Fateh yang sentiasa mahu bersaing dan setara dengan kakak abang dalam apa jua situasi.

* Cara saya handle: tenang, langsung tidak marah, keep on telling him, itu abang kakak punya, kalau nak, Fateh minta pinjam mereka, saya bagi skrip: Abang boleh bagi pinjam kejap tak (assertive skill), dan menariknya dia pi tanya dan abang kakak beberapa kali bagi pinjam, terus saya puji baiknya hati abang boleh bagi Fateh pinjam sat. Dia main kejap dengan gembira dan lepas tu memang la abang kakak ambil semula. Dia merengek dan meminta pertolongan (support system utama ibu, iaitu saya, bantu menenangkan dan beri skill, ajar, saya comparekan jika budak yang dah tidak percaya kepada ibu bapa sebagai support system, yang bermula usia sekolah rendah dan kemuncak umur remaja, pabila ada masalah mereka tidak akan pergi kepada ibubapa sebaliknya sumber rujukan lain yang salah, maka ingat 0-6 tahun usia emas ini confirm anak akan pergi kepada kita), saya kata, kan Fateh dah dapat main tadi, abang la pulak nak main. Gilir-gilir. Lagipun itu kan abang punya.. Last, saya mandikan dia, bagi susu botol dan susu ibu, terus pengsan lena.

* Oh ya, ingat tak saya kata mengenai apa kita fikir, rasa, ucapkan dan lakukan adalah satu doa. Tipsnya kita tak fikir apa-apa negatif tentang anak, sebaik sahaja kita rasa macam dah sedikit over melayan kerenah mengadunya, saya terus ambil langkah memandikan dia untuk change energy saya dan dia. Kedua, sebelum Fateh bangun 1 am lebih tu, saya solat isya' dan doakan untuk emosinya itu. InsyaAllah Allah Maha Mendengar dan Membantu, mudahkan segalanya.


............................................................................................................


Teaching self-control: Evidence-based tips from http://www.parentingscience.com/teaching-self-control.html

7. Be an “emotion coach.”

Adults react in different ways to a child’s negative emotions.

Some are dismissive (“That’s no reason to be sad.”).

Others are disapproving (“Stop crying!”)

These approaches aren’t helpful, because they don’t teach kids how to regulate themselves.

By contrast, kids benefit when parents talk to them about their feelings, show empathy, and discuss constructive ways to cope.

Researchers call this “emotion coaching,” and it’s associated with better child outcomes. For instance, in one recent study, adolescents who had been coached by their mothers showed a pattern of decreasing behavior problems over time (Shortt et al 2010).

For more information about the benefits of talking with kids about their emotions, see this article on mind-minded parenting.

........................................................................................................................

1 comment:

  1. ADHD & ADD

    ADHD er en psykiatrisk diagnose gitt til personer som oppfyller et minimumskrav for kriterier relatert til kroniske forekomster av hyperaktivitet, impulsivitet og / eller vanskeligheter knyttet til organisering og oppmerksomhet.

    ReplyDelete