Sunday, March 16, 2014

Fateh dan Page 33 Buku Al Furqan

BismillahirRahmanirRahim

Kaedah dan Teknik Nabi dalam Mendorong Anak Kecil Membaca Buku


Video: 16 Mac 2014, Ahad Petang

Teknik “Read n Reward”, kaedah ‘bayangan menggoda lagi’ untuk ganjaran yang dimahukan si kecil

Petang Ahad lalu, tiba-tiba anakanda Fateh, 2 tahun 1 bulan, menyebut berulang kali, “Nak aim, nak aim”. Saya pada mulanya tidak dapat kenalpasti apakah itu. Kemudiannya saya diilhamkan Allah, mungkin mahu aiskrim, penangan petang tadi di Wang Kelian saya telah belikan aiskrim untuknya. Sebagai makluman, baru pertama kali saya belikan aiskrim dlm kotak biasa tu sepanjang hidupnya, dan beri sesudu, serta tambah jika sesuai untuk umpanan baca huruf dari lirik lagu AlBarqy sebelum ini. Kali terakhir, hujung minggu lalu saya beri rasanya, masih berbaki banyak kerana saya pun tidak berapa makan aiskrim.

Saya pun bertanya: “Fateh nak aiskrim?”. “Hmm!” jawabnya. Oh, sahlah memang nak aiskrim rupanya, hehehehe. Apala maknya ni. “Fateh nak aiskrim?” ulang sah saya bertanya lagi. “Nak aim..”, jawabnya. “Fateh nak aiskrim yang kat peti ais atas ni ke?”. “Hmm!”, Fateh menjawab sah. “Fateh nak berapa scoop?” (saja beri soalan menggoda untuk memancing bayangan sedapnya aiskrim nak dapat nanti). “Coop!”, jawabnya. “Fateh nak aiskrim, Fateh baca buku Al Furqan ya?” (teknik menawarkan ganjaran). “Hmm!”, jawabnya sambil terus duduk bersila sedia membaca. (Alhamdulillah, suka dan syukurnya ibunya ni).

Muhasabah : Teknik Silap

Pabila anakanda melakukan aksi menguji (memang kesabaran amat tinggi amat perlu ya), dengan duduk di atas buku al furqannya, saya berkata silap iaitu: “Tak boleh duduk atas buku ni..”. 

Sebaiknya gunakan Teknik Pejam Mata Pada Kesalahan dan ganti dengan Teknik Menerangkan Kesalahan, iaitu beritahu peraturan selamat umum, seperti: “Fateh, buku untuk dibaca, bukan untuk di duduk…”.

Teknik Pujian 
Pabila betul disebut, puji segera seperti “Betul”, “Pandai”, “Tepat” (ringkas & segera, tidak sempat beri ayat impak sebab nak remain fokus dia), dengan nada tinggi (anak kecil suka nada tinggi positif berbanding nada rendah positif atau nada tinggi negatif) Jangan lupa sambil senyum (visual, anak nampak), tepuk bahu, tangan, belakang jika sempat (kinestetik) selain skrip pujian ringkas (audio, anak dengar) untuk gabungkan ketiga-tiga elemen mendorong anak: Audio, Visual, dan Kinestetik. Semasa anak stres kerana lupa, saya usap sedikit dan beri kata dorongan, "Fateh pandai, Fateh boleh ingat".

Teknik Pejam Mata Pada Kesalahan
Saya tidak beritahu kesalahannya beralih perhatian (tekan tubi kegemarannya, sampai meleleh airliurnya: fahami dan kenalpasti strategi coping skill anak pabila stress, kaedah physical dibuatnya itu adalah sgt normal dan sihat sebab release energy stress dia) kerana itu mengundang lagi rasa ‘down’ kanak-kanak. Sebaliknya saya layan sebentar, sama ada rekfleksi kepada apa yg sedang dilakukan, ataupun puji, dan terus mengajak beralih ke buku semula. Contoh, “Ohh, Fateh angkat motor, kuatnya.. Ok, ni huruf apa?” “Ya, betul, ni huruf Ta, kat belakang ni. Ok, sekarang kita baca kat sini”.

Nota.

Kami rakan seperjuangan telah melalui on dan off menggunakan buku dalam mengajar anak. Buku sebagai exam, sebab ia huruf bercampur dan tidak sequent seperti kad imbas berbaris ketiganya (contoh ‘ba bi bu’). Kami istiqamahkan kad imbas, video dan aktiviti game lain sebagai rutin harian. Jadinya buku Al Furqan Fateh ni memang saya akan bagi dia baca pabila dia bersedia sahaja. Dan tiada ulang tayang untuk kali kedua. Dapat, that’s it, tak dapat, half page, stop, esok atau lain masa, ulang lagi dari awal untuk berjaya membaca  1 page. Ini untuk melatih disiplin buku dan mudah ke depan nanti untuk baca surah dari kalam.

Page 1-23 al furqan agak mudah kerana berbaris atas sahaja, huruf mesra bayi secara rawak berulang-ulang, dan anak kami dibiasakan dengan kad imbas berbaris atas sejak bayi. Pabila masuk ke page 24-33, kami ada ‘stuck’ sedikit kerana anak belum biasa dengan huruf baris bawah. Ikut flow aaiiuu memang boleh, namun jika dirawakkan huruf baris atas dan bawah dengan pasangan lain-lain, anak akan mengambil masa, sedikit sukar dan keliru. Jadinya page 8-23 Fateh dapat buat hampir setiap hari bermula sehari sebelum umur genap 2 tahun, target sehari satu page, namun bermula page 24, memang ada gap tidak membaca berhari-hari, ikut kemampuan dan kesudiannya membaca. 

(Kaedah saya, hintkan dengan sebut “ni, baris bawah ni” atau “ni, baris atas ni apa”. Dahulu saya sebut “Ha baris bawah?” sebab anak dah dengar huruf tunggal Ha, maka takut hint terlalu banyak utk dia dapat kenal dan sebut jawapan “Hi”).

Dorongan ganjaran sentiasa dilakukan. Sebelum ini kapal terbang ajaibnya (hehehe). Sebab kita mahu anak membaca dengan rela dan bukan paksa, happy bukan tertekan. Dorongan untuk dia berjaya dapat ganjaran seperti dimahukannya setelah dia usaha membaca (iaitu sangat berbaloi kan. Read n reward anak ini saya mula pada usia dia 1thn 10 bulan dahulu, tidak terlalu awal tidak terlalu lewat, setiap anak beza umur sesuainya ya) kerana kita mahu dia happy dapat sesuatu setelah dia usaha. Kaedah konsisten read n reward membuatkan anak sangat faham, contoh, kapal terbangnya itu hanya dapat pabila berjaya membaca se mukasurat al furqan. Kadang dia jawab “tak mahu”, dan sudi untuk tidak dapat main kapal terbang (ya, memang dia sanggup x dapat main, dan dia betul-betul Okay). Kaedah ganti emosi kecewa telah saya lakukan sejak awal iaitu dengan membuat kapal terbang kertas yang percuma, mudah, malah boleh terbang lagi (ada artikel lain saya tulis sebelum ini berkenaan replacement kekecewaan).

Anak pasti akan stress pabila lupa/sukar fokus. Maka ibu perlu sangat tenang dan ‘stress free’, hehehe (sabar, sabar). Ini kerana jika kita marah, jadi singa, atau mengalah, apatah lagi anak, lagilah akan turn to jadi mudah putus asa dan mengalah, tidak fokus dan tidak mampu habiskan satu page pun. Alhamdulillah saya dikurniakan kesabaran tinggi dalam mendidik dan mendorong anak, tp bukan org dewasa ya, hehehe). Bayangkan page ini mengambil masa 7 min lebih rakamannya. Ada saat dalam pg 33 ini yg saya pun tak pasti anak boleh sebut betul atau tidak, tapi saya redah dan serah aja. Kerana Allah yang mengajarkannya, saya hanya mediator, dan saya telah usaha berterusan setiap hari tanpa gagal memasukkan input islamic educ kpdnya (Alhamdulillah). Biasanya dia memang akan mengambil masa lama, untuk recall, dan sebutannya biasa memang betul huruf itu walaupun ambil masa lama. Yalah, dari kad imbas lain, dalam buku pabila bercampur dengan huruf lain, bersusun pula (otak kiri), pasti anak rasa sedikit sukar. Tapi ingat, Mereka Boleh. Don’t underestimate your child. Kita pun tak paksa jika kita rasa anak tak mampu. Boleh guna kaedah stop dan tutup buku, sambung aktiviti otak kanan lain mcm menari/berjoget pusing sambil tonton video hijayyah lain. Hakikatnya semua anak memang mampu, dengan limit dan tahap kemampuan masing2, asalkan memang ibu ada masukkan input tersebut, output pasti akan keluar, cuma lambat atau cepat sahaja. Sabar, sabar.

Perhatikan pabila anak sangat tidak dapat jawab betul, macam Fateh, huruf Dal baris atas (mesra bayi zaman dahulukala) pun dia boleh ingat Dii, begitu yakin dia menjawab Diii berkali-kali tanpa lelah, hingga mengalih perhatian bermacam2  dibuatnya. Gunakan instinct ibu, bantu anak. Berikan jawapan yg betul, tidak kata jawapan anak salah, tp bagi hint dulu, kemudian akhirtnya beritahu sebutan yg betul, kemudian puji sebab dia sebut betul yg kita telah sebutkan dahulu. 

Semoga bermanfaat, dan dianugerahkan kesabaran serta kuat kesabaran semua ibu dalam mendidik permata generasi penerus kita ini. Amin. 




Alhamdulillah.