Friday, August 22, 2014

DOA seorang ibu. Apa kita fikir (terlintas), rasa dlm hati (terdetik), ucapkan dan lakukan adalah satu doa

Ok. Kisahnya begini.

(Tulis Awal June 2014)

Semalam lepas ambil Fateh dari pengasuh, dalam kerete x silap saya, saya ada terdetik dalam hati bila lihat/ merenung Fateh. Dalam hati ada berasa dan berkata-kata dalam hati sesuatu yang x sihat. Sy kan mcm selalu bercakap dalam kepala yang Fateh pernah respon "Hah?" seolah dengar dan tanya "apa dia Mummy?", macam tu la.


So ayat nya maksudnya lebih kurang ialah pasal saya beritahu dia yang saya dah rasa kurang attach dan semakin jauh dari dia. Pelik sedikit bunyiknya (?). Semata kerana sy pregnant kan adik baru. Sempat juga saya rationalised dan kata, xbaik mcm tu. Fateh tetap anak Mummy no 1 yang paling sempurna. Masa tu memang really rasa 'gap' emosi dengan dia.

Nak dijadikan cerita, kebetulan bawa pergi padang main macam biasa la. Benda tu x da papa dah.

Tapi balik dalam 7 lebih malam tu dengan si ayah belum pulang, sy stres sedikit sebab nak sambung memasak dalam keadaan menghampiri waktu solat Maghrib. Sebelum keluar rumah ke padang saya cuma sempat masak nasi sahaja.

Namun Alhamdulillah si kecil merengek perhatian (plus faktor nak maghrib agak 'panas' sy dapati berkaitan gangguan syaitan biasanya untuk kami berdua sejak awal dulu. Macam contohnya masa nilah dia nak susuibu dsb, dan Fateh xmandi lagi, tergaru2 (dengan seronok kat padang tadi tu buka kasut, kaki ayam ja dok lari2 happy, dan sy sedang memasak lagi), sy x marah dia langsung, tenang aja, paling tinggi sy keraskan sdikit suara bertanya dia nak apa dan menerangkan berulang kali akan fungsi sekarang saya iaitu sedang memasak nak berbuka, kejap lagi ayah balik.

Of course dia x mahu memahami sebab keperluan utama dia ialah perhatian, nak susu Mummy, mengantuk dah dan x mandi lagi dan x nak mandi. Siap menangis raung bila saya tanggalkan baju, sampai sy pakaikan balik baju dia.

Saya sempat proses diri (muhasabah, skill ni dilatih masa saya buat play therapy dulu) spontan, iaitu sebagai budak kecil, dia rasa violated pabila dia x mengizinkan, namun saya sebagai orang lain, terus mencabutkan baju dia.


Then ayah balik, dia terus ke ayah dan nangis sedih. Nangis tu sama mcm masa tulisan sy pasal pabila hati anak kecil terluka.

Malam tu lebih tenang, cuma sepanjang tidur lebih attach nak nenen sahaja. Saya sabar sebab tahu dia rasa 'insecure'. Kira saya layan aja. X merungut apa-apa dalam hati pun. Bersabar dengan proses pemulihan hati anak kecil yang terluka ni.

Esoknya pagi, iaitu pagi Rabu la kan, saya bagi 'tune in' dalam kepala saya serentak dengan dia, skrip, dalam kerete otw ke rumah pengasuh. Oh ya smlm tu, akhirnya dalam merengek x mahu mandi, x mahu ayah mandikan, akhirnya dia berubah jadi kool apabila dia bersetuju dan mahu saya yang mandikan dia.

Lepas mandi dia lebih tenang. Punyala nak saya sahaja rupanya. Saya x anggap sebab nak dapat adik sebab selama ni tak pernah begini. Saya pun x mahu letak 'believe' begitu nanti ia akan 'expand' (berkembang dan jadi semakin real masalah). Ingat lagi Dr Azizan ajar, "What you focus will expand".


Dalam kereta (malah semasa mandikan semalam tu), skrip saya bagi ialah "Fateh baik, Fateh anak soleh, Fateh dengar cakap mak (pengasuh), Fateh tenang, Fateh bijak dll". Dan kelakarnya dia ulang balik skrip pendek tu "Fateh baik, Fateh soleh, so on".



Sampai rumah pengasuh pagi semalam tu, saya semata bertanya kepada pengasuh. Ada tak Fateh pernah pukul/buat adik Arissa (baby 9 bulan jagaan pengasuh sejak usia 3 bulan). Kepercayaan saya ialah Fateh pernah dimarah pengasuh kerana mengganggu / mengacau baby 'Cicca' ni. Sebab lately ni saya kerap 'menyiasat': "mak penah / ada marah Fateh tak", "Ada" jawabnya.

Apa sbb mak marah? "Sebab Ateh buat adik cicca", katanya. Ateh buat apa? "Ateh ketuk kepala adik cicca". Lagi? "Ateh masuk bilik Abang Achut,  Abang Achut marah..." katanya.


Macam-macamla. Yang saya nak fokus siasat ialah adakah Fateh pernah memukul membuli baby kecil. Dan saya percaya ada sebab beberapa kali conversation kami, dia ada mengaku dia buat. Dan of course saya admit, mana-mana orang dewasa akan marah, sebab baby kecil lagi,  maka abang besar salah, walau abang besar tu belum matang, baru 2 tahun lebih.

Tahu tak apa jawapan pengasuh? "Takdelah. Fateh dengar cakap. Kak ros suruh dia duduk tepi je tengok Adik Cicca, dia duduk tepi tengok aja. Dia x kacau. Dia x pernah buatlah". Saya pun kata "Yaka sebab dia kata dia ada buat Adik Cicca, pukul kepala la dsb". "Xda" kata pengasuh.

Masa tu terdetik malu pada diri sendiri kerana bersangka buruk, kagum dan bangga serta syukur sebab Fateh seorang abang yang betul baik, x jelous adik kecil dan x buat pun adik kecil. Recall balik memang dia selalu sayang adik baby mana-mana dan sefaham saya sebelum conversation dengan Fateh yang saya siasat tu, memang dia menunjukkan tiada tanda terancam kehadiran adik baby baru jagaan pengasuh.

Allah, kesal saya. Otw dalam kereta ke tempat kerja, saya proses balik emosi saya. Terus hilang segala kerisauan selama ini. Tentang Fateh ada buat adik Cicca dan ada dimarah pengasuh. Dan baik sangka pada anak kecil sendiri.

Moral of the story, apa yang kita terdetik dalam hati, anak kecil boleh RASA aura nya samada baik atau sebaliknya. Dan dia akan rasa seperti terancam  sebab mak dia sendiri x percaya kat dia. Mak dia sendiri bersangka buruk kepadanya. Maka juga 'what u focus will expand' itu, ialah bila saya kerap bertanya dan percaya Fateh ada melakukan perbuatan x elok, dan ada dimarah pengasuh, sy takut itu akan jadi realiti sebab kita duk ulang-ulang. Contoh mak sebut anak saya ni degil, x dengar cakap, kalau rumah orang je mesti kacau barang orang. Tak boleh duduk diam. Believe macam tu membuatkan sampai ke sudah pun anak x kan berubah, malah akan lebih buat perangai hal sama sebab kita percaya dalam kepala, dan ucapkan lagi.

Betul kata DAO, apa kita fikir (even fikir terdetik sekilas lalu pun), apa kita rasa, apa kita ucapkan, apa kita lakukan adalah DOA.



Ini juga yang selalu saya sebut dalam ceramah sy pun. Its gud sebab saya alami dalam kes simple macam ni dan proses muhasabah diri, dan dapat learning point nya.

Hari ini lepas pulang kerja, dia ok aja. Dan saya inform pengasuh yang Fateh akan dapat adik. Dan plan saya jika K.Ros rasa ramai sangat, penat nak jaga Fateh, Arissa (dan kadang-kadang Kakak Fina, kakak Arissa) dan baby baru adik Fateh, saya mungkin perlu cari nurseri tuk Fateh. Alhmdulillah pengasuh dengan tenangnya kata dia boleh jaga.:D.

Saya kata 3 bulan cuti, saya tetap hantar macam biasa, suami saya jaga sy pantang, pagi petang hantar ambil Fateh agar siang saya fokus pada adik, dan kerja bulan 5 saya akan hantar baby baru. Masa tu baby cicca dah 1.7 tahun. K.Ros kata ok.

X lama lepas tu masa sibuk masak sebab kawan-kawan nak datang rumah berbuka, suami pengasuh hantar jagung fresh dari ladang (wow). Saya dapat rasa dia pun happy sebab saya trust dia. Dan sebenarnya rezeki dia akan bertambah (dari gaji kita sebenarnya ada rezeki orang lain). Sebab saya bayar dia kira tinggi bagi Perlis ni, walau Fateh dah besar, mudah urus dan kadang kami cuti seminggu ke KL namun tetap bayar macam biasa.


Pasal believe ni, dahulu sebelum umur dua tahun, masa Fateh lambat kenal huruf hijayyah (sedangkan masa tu anak sahabat wangi alumni IPN seusia sangat advance), pun sama. Saya sendiri x yakin anak saya boleh kenal, walau saya x penah miss ajar Fateh direct or indirectly thru vcd dan audio cd.



Memang x penah miss ada input alQuran walau ke KL. Tapi teruknya saya selalu rasa x yakin dia kenal betul. Sampai la betul dia kenal dan masuk buku sehari sebelum genap dua tahun, kerana mahu reward kapal terbang. Fateh boleh habiskan dengan istiqamah, dalam sebulan lebih buku Furqan 1 dari page 8-39 tu, Alhamdulillah. Setiap hari ada baca (kadang je miss).


Maka moralnya, perlu letakkan kepercayaan, bayangan, terdetik dalam kepala, Fateh boleh membaca huruf pelbagai baris, macam Ahmad. Bayangan dah ada. Dia akan boleh lakukannya. Kerana itu adalah satu DOA dan doa ibu maqbul.

Percaya anak kita semua di sini boleh. Dengan perkongsian rakan semua di sini, sharing method, we r on da right track, n fast track. InsyaAllah. Semua anak di sini boleh jadi hebat macam adik Musa hampir tamat sebelum umur masuk sek.rendah nanti...


Terdetik rasa gap dengan Fateh tu saya rasa memang misi visi syaitan iblis sebab anak kita ni anak AlQuran, anak soleh, anak hebat yang bakal menjadi pelapis generasi AlQuran menyelamatkan dunia nanti. So ingat, cabaran semua tu hadapi dengan tabah, sabar, tenang, dan percaya ia akan reda, yakni berlalu.

X manis pencapaian nanti jika tiada cubaan dan godaan.. Kuatkan diri. Iblis memang sistematik dan very smart, tau mana kekurangan kelemahan kita dan anak kita untuk demotivate dan menggagalkan misi kita. Maka tiada istilah ibu mengandung very sensitif dalam trimester pertama dan anak sulong/ besar akan merengek nak dapat adik. Ia hanya berlaku kerana feelings kita sendiri, ter ubah fokus terhadap diri sendiri pabila tahu sudah pregnant dan rasa gap jauh sebab nak mula attach dengan anak baby baru. Istighfar banyak dan selalu lakukan solat malam.




Alhmdulillah ujian saya kerap, dan saya juga kerap muhasabah diri dengan baik. Ada solusi.. Syukur sgt.

Sekian

*Kena msuk blog ni copy paste utk rujukan dan peringatan diri sendiri. Penulisan dulu dalam ni pasal ajar anak imaginasi pun xsempat copy paste, jauh dah kalau nak trace (huhu. boleh, boleh, tulis balik)

** Ini penulisan dalam whatsap group alumni ipn, saya sempat copy paste dan jadi draft untuk blog saya. Baru sekarang saya edit balik ayat penuh.

*** Masa ni x silap saya minggu pertama bulan puasa, dan Fateh dalam 2 tahun 2 bulan/ 3 bulan, dan saya pregnant dalam 8-10 minggu.

**** Sehingga hari ini, tiada pun saya boleh kategorikan Fateh meragam sebab nak dapat adik. Malah dia tahu dan selalu jawab, baby dalam perut Mummy, dan suka tengok janin dalam perut melalui video week 1-9, week 10-14, week 15-19 dalam babycenter.com rujukan saya.

No comments:

Post a Comment