Sunday, May 4, 2014

Pabila Hati Anak Kecil Terluka

BismillahirRahmanirRahim

Muhasabah diri.

Sejak kebelakangan ini, Fateh sangat jelas akan membaling dan boleh memukul pabila rasa marah dan geramnya melanda dalam jiwanya. Hari ini, bila saya bertanya, pernah tak 'Mak' marah Fateh, jawabnya "belum". Saya tambah, pernah tak Mummy (saya la) marah Fateh, pun jawabnya "belum". (Mak ialah pengasuhnya, yang kami dapati sedikit tegas lah, namun amat prihatin).

Saya faham yang umur 1.5 - 3, kanak-kanak sedang peringkat ekspresikan dirimu dan cepat sekali meluahkan apa dirasa dengan perilaku, bukan perkataan. Cara bantu / sediakan anak untuk luahkan dengan asertif ialah kita tunjukkan kepada dia contoh luahan, cth : "Mummy rasa geram ni, sebab.....Jadi Mummy nak minta Fateh.... ". Kelakarnya dia pun sudah pandai luahkan, tapi pendek aja, "Geram, geram..". Tambahkan vocabulary perkataan perasaan banyak-banyak dalam perbualan harian, secara positif, dan rasional bukan beremosi. Mereka akan belajar lebih matang dalam menangani emosi mereka kelak dewasa nanti.

Petanda anak sedang belajar dengan jujur, adjust akan tingkahlaku betul salah, dan diterima/ tak diterima

1) Dia akan cek balik, "macam ni?", "macam ni?" bila saya ajar dan beritahu, "tak boleh pukul kat manusia/ orang/ tangan/ badan orang, tapi boleh kat bantal, or tilam. Macam ni, macam ni tu maksud dia ialah 'pukul kat sini boleh', bagaimana pula jika pukul kat sini?. Pattern yang sama apabila dia cek balik betul tak kaki kiri atau kanan, untuk masuk bilik air kaki kiri dan keluar bilik air kaki kanan. Kadang dia saja, test kaki lagi satu, namun sebenarnya mungkin dia tidak pasti atau mahu memastikan 'kanan' ialah ini dan 'kiri' ialah ini. (bersangka baiklah dengan anak kecil yang jujur ya) (* rujuk nota bawah sekali mengenai penerangan mengapa kanak-kanak mahu mengenalpasti akan usaha nya memenuhi permintaan kita)

2) Semasa dia mengoyakkan buku dan poster di dinding, dia tidak melihat wajah saya untuk tengok reaksi saya, sebaliknya leka dan fokus melihat kulit buku yang sedang dikoyaknya. Sebenarnya dia sedang mahu melihat "apa kesan jika saya tarik hingga habis kertas ini?". "Ohh.. Tiba-tiba ibu saya bersuara kuat kelihatan marah dan kecewa dengan tingkahlaku saya tadi. Mengapa?"

Ini antara artikel dan website yang saya selalu baca dahulu. Artikel ni sangat bagus. Baca dan hadamkan ya. )



Dua petanda anak terluka, pada hemat saya, bila saya muhasabah diri, untuk kes Fateh yang 'fragile' ni.

1) menangis - terus meledak, sebab anak kecil dari baby lagi memang mekanisma nya ialah menangis untuk yang 'negative feelings' macam sedih, takut, marah, kecewa dan sebagainya ('last week' memang dia terus menangis ledak)

2) tidak menangis, iaitu sebaliknya. Diam aja sambil buat apa-apa seperti sedang berfikir nak memahami. Tidak lama kemudiannya keluar kat tingkahlaku lain yang mencabar tanpa dia sedar / mahu. Dan dia memang tidak faham kenapa perbuatannya itu salah. Dia jadi keliru, terus buat apa saya 'channelkan' (koyak suratkhabar). Masa ni biasanya saya selalu sebut, saya nak buku ni dijaga baik, agar Fateh dan adik Fateh boleh guna lama.. (bila boleh tenang, biasa nya ok, bila tadi geram sangat tinggi, cakap pun jadi ditenggelami emosi, tak syok kan :)

3) tadi petang maghrib dia menahan diri dari menangis, tapi airmatanya tertakung di mata sahaja, dan sempat lagi tetiba berkata, "mana ayah?". (Teringat 'support system' dia yang lain selain maknya). Kebetulan memang ayah balik, 'then' dia pergi kepada ayah dan terus meletus ledakan menangisnya. (Saya sedar masa tengok airmata bertakung kat mata dia, dia terluka hati. Pagi tu sebenarnya saya ada sebut, apalah sangat buku koyak berbanding harga hati Fateh yang tak ternilai harganya - sambil peluk dia..)

Nota.

*kisah maghrib tu saya sedar dia marah sebab saya sedang syok merakam video aksinya menukul dengan set hammer, skru dan nutnya sambil ikut nyanyi kakak Puteri VOU lagu Al Fatihah meaning dan Bismillah Alhamdulillah, dicampur dengan sebelum tu dia dok test pukul dengan hammer mainan ke tangan saya dan hp saya:- so sebenarnya dia marah dengan hp itu, maka nak ajar pun x seronok pabila dikuasai emosi amarah. Kedua sebab sedang period maka emosi senang dikuasai iblis, huh..

Jangan lupa baca artikel saya pasal menangani rasa marah kepada anak kecil

http://maznahibrahimscorner.blogspot.com/2014/05/cara-menangani-rasa-marah-pada-anak.html


Teknik Solusi / Strategi Bijak Channelkan Tingkahlaku Negatif

1) Koyak - saya beri suratkhabar lama untuk dikoyaknya sepuasnya. Nampaknya berkesan, untuk kepuasan. Namun perlu diberitahu secara berhemah dan hormat, iaitu buku dan poster tidak boleh koyak kerana nak guna, manakala kertas suratkhabar adalah tidak pakai, dan boleh koyak. 'Teknik Nabi - Menerangkan Kesalahan'.

2) Membaling - belum jumpa dan cuba kaedah tertentu sebenarnya. Kini saya berfikir untuk sediakan bakul (dan akan datang saya dah belikan basketball kanak-kanak untuknya), untuk dibalingkan sesuatu secara berobjektif, bersasar dan bermanfaat. Lain, alat yang baling dat dekat bulatan ber bulatan tu juga agak baik. Konsepnya, membaling.


Basketball untuk kanak-kanak, berjaya dibeli selepas itu.
3) Memukul ke badan - i) pukul nut skru / alatan pertukangan dengan hammer mainan, (Boleh rujuk alatan mainan ini dlm video youtube lama dia ni) ii) pukul lantai dengan hammer mainan besar berbunyi tu, iii) high 5 dengan tapak tangan ibu bapa, iv) pukul beg 'punching bag' dengan sekuatnya dan berobjektif, iaitu kena kepada begnya. Boleh rujuk alatan ini di blog fatehscorner: http://fatehscorner.blogspot.com/2014/04/punching-bag-for-kids.html

Ni masa Fateh 1thn 8bln, pertama kali dapat mainan ni, 
terus buat selepas lihat ayah fungsikan semalamnya. 
Then dia terus tinggalkan alatan ini sebab dengar bunyi pagar buka, 
dia ingatkan ayah dah balik, haha



Bila malam, anak dah tidur, lihat semula benda yang kita frustkan siangnya.


Bila koyak, rasa teruk sangat koyakannya, bila dah malam, tengok balik,
kecil aja kesan koyakan ini, nothing changed 
Sama dengan poster ini, kecil sahaja kesannya 
Alhamdululillah, solusi yg sangat baik (yang tak baiknya dalam
keadaan geram beritahu dia silalah koyak banyak2 kertas ini)

Semoga penulisan ini memberi sedikit idea kepada ibubapa di luar sana. InsyaAllah, terima kasih Allah...

Nota.


Early Childhood (2 to 3 years)Autonomy vs. Shame and DoubtToilet TrainingChildren need to develop a sense of personal control over physical skills and a sense of independence. Success leads to feelings of autonomy, failure results in feelings of shame and doubt.
Preschool (3 to 5 years)Initiative vs. GuiltExplorationChildren need to begin asserting control and power over the environment. Success in this stage leads to a sense of purpose. Children who try to exert too much power experience disapproval, resulting in a sense of guilt.

Menurut perkembangan kanak-kanak (psikososial Erik Erikson), peringkat umur 2 macam Fateh ni sedang melalui satu peringkat autonomi (berdikari dan cuba sendirinya), dan sekiranya dimarah dan disalahkan selalu, kanak-kanak boleh membentuk rasa malu dan ragu-ragu yang tinggi. Saya teringat, Fateh selalu meledak menangis pabila 'tersilap' seperti tersadung cawan dan tumpah, atau pinggan jatuh, walhal kami tidak pernah marah kepadanya. Ingat, tenang, dan berikan solusi sahaja.  

Selain itu, rasanya juga dia akan datang (3 tahun) akan mula tegas diri kepada kawalan persekitarannya. Mereka akan berusaha inisiatif melakukan sesuatu, even contoh Fateh pun sibuk membasuh pinggan sendiri (berusaha sendiri mengambil kerusi kecilnya agar sampai ke sinki), mengambil air dengan jug dari botol besar tapisan air RX water kami dan sebagainya. Sekiranya usaha ini tidak dipuji, atau dihalang, atau dimarah, mereka boleh membentuk rasa bersalah yang tinggi, iaitu takut nak mencuba. Kita boleh lihat orang dewasa yang mempunyai sifat seperti ini, yang berkemungkinan kerana dihalang dari usaha semulajadi nya nak buat berbagai perkara.

3 comments:

  1. Alhamdulillah, artikel yang sesuai dijadikan rujukan untuk pendidikan anak-anak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih en ikhwan. Saya sendiri bila baca balik pun jadi rujukan diri sendiri :D Alhamdulillah

      Delete
  2. Salam Pn Maznah
    Selamat Hari Raya
    Saya ada satu soalan.
    Macam mana kalau abg 6 tahun suka pukul adk 4 tahun. Bila tanya mama ada pukul along ke dia cakap xde. Tp nape pukul adk dia tak cakap kenapa. Pas tu tanya dia dekat sek ada kawan2 suka pukul along ke? Dia cakap ada. Kawan tarik rambut dia. Tp bila tanya kawan lelaki ke perempuan dia cakap perempuan. Dulu masa umur 4 dan 5 tahun pun kalau kawan buat dia kata dia sabar. Tp dekat rumah dia buat dekat adk dia pulak. Mcm mana nk selesaikn ye pn

    ReplyDelete