Friday, April 4, 2014

KAMI

BismillahirRahmanirRahim

Kami adalah Khalifah Allah, berniat merakamkan segala pendidikan bermakna untuk anakanda KAMI, bagi rujukan dan peringatan diri dan sesiapa yang mungkin mencari sesuatu daripadanya.

Kami senantiasa mahu belajar, akan ilmu keibubapaan yang haq. Berdoa kepada Ilahi agar apa yang kami laksanakan adalah yang terbaik yang mampu kami lakukan demi generasi penerus dunia Islam ke hadapan. Segala yang dikongsikan adalah serba sedikit penulisan yang dilakukan di dalam FB peribadi saya sebelum ini dan ke hadapan khusus di dalam blog ini. 

Didoakan agar sedikit perkongsian di dalam ini memberi manfaat kepada para ibubapa yang lain, malah membuatkan kami terus berusaha yang terbaik, muhasabah diri dan menilai serta menambahbaik akan diri kami. Amin. 


Ya Allah, Kau mudahkan usahaku menulis catatan di dalam blog ini dengan niat tidak lain dari memperoleh keredhaanMu dunia dan akhirat. Dan Kau mudahkan segala usaha ibubapa lain untuk mempraktikkan ilmu yang haq juga demi matlamat yang sama dengan kami juga.

No comments:

Post a Comment