Friday, February 21, 2014

Ada Apa Dengan Traktor Itu?

Ada Apa Dengan Imaginasi Awal Kanak-kanak Yang Selalu Dilihat Bukan-bukan Aja :-)

Sewaktu dlm kereta otw ke kebun ayh, dari dalam kereta kami yang hanya berdua, Fateh ternampak traktor di depan kereta saya (di jalan raya).

Fateh yg suka traktor berkata "nak nek tetok!" Maksud : dia nak naik traktor itu...

Sy menjawab: "Tak boleh Fateh. (Dlm kepala fikir mcm mana nak naik traktor. Mana mungkin dpt naik. Dpt tgk bolehla). Ateh tengok aja ye."

Dia ulang2 nak naik tetok. Tetiba juga sy teringat betapa luasnya jangkauan pemikiran knk2 yg imaginasi tinggi dan selalu kita respons "ish.. Mana tetok nya.. Ish mana nak naiknya", iaitu segala yg Tidak Mungkin, dan pabila diulang-ulang, lama-kelamaan imaginasi ini akan semakin pudar ke arah realiti dan impossible. Sedang penciptaan kapal terbang pertama pun bermula dengan imaginasi alam pabila melihat burung! 

Saya fikir masa tu mana mungkin dpt naik traktor. Belum lagi kisah nak petik dan pegang bintang kan. Dan macam-macam lagi permintaan si kecil bijaksana kita ni.

Sy rasa sy perlu respon lebih terbuka, untuk menjana pemikiran kreativiti dia. Kemudian sy berkata "Fateh, insyaAllah suatu hari kalau kesempatan ateh boleh naik traktor ya".

Subhanallah. 

Di sebelah kebun ayah, ada rumah pakcik yg lengkap dgn beberapa buah traktor, kucing, kolam ikan, dan lembu di kejauhan. 

Sekali lagi Fateh berkata "Nak g embu.." (Nak pi kat lembu), dan sy jawab "Lembu jauh Teh, di seberang sana. Cuba Ateh bgtau macam mana nak gi seberang sana". Senyap dia. Hehe.

Kemudian kami ke traktor dan sy offer dia gi naik traktor. Dia x mahu dan hanya mahu bergambar dr luar bawah traktor sahaja. 

Mari kita ubah gaya respon imaginasi kreatif anak-anak kecil kita dgn gaya terbuka agar menjadi innovator pabila besar nanti. Kaedah HOTS: high order thinking skills.

Jadinya Memang Ada Apa Dengan Traktor Itu...

***Gambar pertama traktor di rumah sebelah kebun ayah tu, gambar kedua lembu di kejauhan. Gmbr ketiga "ketapi di ats pokok" sbb pnjang buah itu, sy betulkan sahaja, itu buah panjang (xtahu nama buah itu), gambar ke-4 "nak amik atital tu" - "gi ambik" (then dia try tarik ambil tak boleh hehe).

Pertama kali bergambar dengan traktor

Nampak tak lembu itu, hehe

Pokok Pelik Itu

Basikal buruk tersangkut itu

Fateh 1 May 14 dengan ayah dan traktor lain pula  

No comments:

Post a Comment