Tuesday, November 19, 2013

Mengajar Anak Kecil Berenang

BismillahirRahmanirRahim

Mengajar Anak Kecil Berenang (entri post lama, Fateh 11 bulan)

Teknik Demonstrasi & Menunjukkan Cara

1) Beritahu Fateh (11 bulan, pengalaman baru kali ke-3 sesi berenang), "kocak kaki, kocak kaki".

2) Tunjukkan kedua kaki (saya: ibunya) berkocak dalam keadaan saya terapung di air (namun sebenarnya sedang memegang pelampungnya) (kerana ibunya tidak pandai berenang, hehe)

Hasil: Fateh yang sedang dipegang ayahnya terus mengocak kakinya dengan laju dlm keadaan terapung dan 'berenang' ke depan dengan pantas sekali.

Kami kagum!!!

Ia berlaku pada sesi ke-3 pengalaman di kolam renang. Sesi pertama berenang, Fateh 9 bulan memang terapung dan ala-ala berenang secara semulajadinya. MasyaAllah!!! (masa tu belum belajar teknik nabi maka hanya pujian separuh format sahaja: "waah, dia boleh rupanya, tak sangka" yang terucap dalam hati, tidak di hadapan si kecil).

Sebagai panduan, antara skrip / kata-kata yang boleh saya ucapkan ialah: "Waah, Fateh boleh terapung (pujian tingkahlaku, bukan orangnya). Mummy bangga dengan Fateh (Impak 1: kesan atau perasaan ibu). InsyaAllah nanti Fateh boleh berenang sendiri (Impak 2, jangka panjang: berupa doa atau visi ibubapa utk anak)",  sambil senyum lebar (Ganjaran Sosial Non-Material).

Nota. 

*Bayi umur 0-2 tahun adalah dalam peringkat 'trust vs mistrust' dan 'attachment' kuat dgn 'prime carer'nya. Maka mengajar dari bayi perlulah oleh ibu/bapa nya sendiri. 

*Apabila kerapatan (‘attachment’) kuat dengan penjaga utama yang memberikan keperluan asas bayi seperti makanan (susu), pelukan (pabila rasa takut / sejuk), kata-kata baik (menenangkan atau menggalakkan), ubatan (pabila sakit), bayi akan sangat kenal dan percaya (trust) kepada penjaga utama ini yang secara konsisten (istiqamah) menyediakan segala keperluan asasnya. Sebaliknya berlaku (‘mistrust’/tidak percaya/sukar percaya) sekiranya penjaga utama ini berubah-ubah atau tidak memberikan atau memenuhi keperluan asas ini.

*Kerapatan yang baik memudahkan penjaga utama ini melakukan banyak dorongan tingkahlaku yang ingin dibentuk dari awal bayi.

Link Video Fateh berenang pertama kali di kolam renang, umur 9 bulan



Link video sesi Fateh berenang (sehari sebelum 12 bulan):


Fateh belajar tenggelam (1 tahun 4 bulan)



Seterusnya: Teknik Pujian untuk anak bawah 12 bulan, Teknik Mendorong anak duduk dalam car seat

Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment