Showing posts with label Parenting Corner. Show all posts
Showing posts with label Parenting Corner. Show all posts

Saturday, August 30, 2014

Stres di Kalangan Kanak-kanak: Kisah Fateh 2.6 dan Remote Control Keretanya

Saya ingat lagi antara point penting dalam presentasi dari pencarian saya mengenai stres di kalangan kanak-kanak prasekolah ialah kerana mereka hilang daya kawalan diri (self control) kepada satu-satu situasi itu. 

JIka perasan, tanda mereka stres: paling mudah dilihat dari tingkahlaku seperti mengamuk, marah, memukul, menangis dan seangkatan dengannya. Kita perlu juga tingkatkan skill diri kita dengan mengenalpasti emosi anak (yang tidak mampu diluah dengan perkataan oleh mereka, seperti mak saya rasa sedih sebab...) kerana dari itu, kita boleh tahu 'underlying cause/issue' mereka dan boleh bantu mereka dalam 'self regulation', iaitu bagaimana mengendali emosi dan 'adjust' dengan emosi itu sebaik mungkin, dengan tidak mencederakan emosi dan fizikal orang lain.
Kelebihan bila kita ada skill mengenalpasti emosi anak (ia sebahagian dari skill EQ), kita tak akan marah anak dengan kerenah / tingkahlaku mereka ketika itu. Sama juga dengan orang dewasa lain yang faham atau ada pengalaman anak seperti ini, mereka tidak akan marah atau menegur negatif, sebaiknya membiarkan sahaja atau bantu bila perlu.

Dalam hal ini saya puji tiga rakan saya yang positif dan memahami situasi ini.

Semalam Fateh amat kecewa kerana abang dan kakak sepermainannya ada kereta RC (remote control), manakala dia hanya ada helikopter bergerak sahaja. Semua ini baru beli di kedai yang sama. Saya boleh rasakan tingkahlaku expressive negatifnya dari suara tingginya, rengekannya, menangis membentaknya dan pergerakannya yang tidak berhenti sesaat pun, ke hulu ke hilir, berlari, bermain dan bercakap sentiasa. Kemuncaknya menangis meledak kuat tidak berhenti. Ini paling tinggi dalam sejarah hidup Fateh, ditambah dengan tempoh jumlah masa 'drama' ini mungkin dalam 1-1.5 jam. Boleh rasa adrenaline hormon stres betul dia terembes-rembes.. Kasihan dia, dia perlu dibantu ( bukan dimarah yang akan menambahkan lagi sedih dan kecewa secondary pula ).

Alhamdulillah, saya cepat recognise iaitu dia rasa 'terancam' dan kecewa kerana (underlying issue) remote control keretanya sudah lama hilang, dan berkali-kali dia minta kami carikan. Kami cuba mencari, beberapa kali dan tidak berjaya. Kami beritahu dia. Esok-esok dia tanya dan minta kami cari lagi. Masih belum puas dan mahu cuba cari lagi (jenis determine dan usaha tak lelah punya karektor, macam saya).

Ditambah dengan tidak tidur selama 11 jam (dari 6 am pagi bangun ke 5 pm) akhirnya baru tidur, dia amat penat. Tidurnya pun meracau dan terbangun-bangun. Sejam kemudian bangun, tidur semula, bangun, tidur semula, meracau dan tidur lama.

Menariknya, dalam pukul 1 lebih am, Fateh bangun dan mood ok :) Dia teringat helikopter, main, dan bertanya di mana abang? Mana aunty? Saya beritahu abang, aunty balik rumah lah. Sebab? tanya dia. Sebab mereka nak tidur di rumah mereka lah..takkan nak tidur rumah Fateh pulak.

Sambung tidur lepas puas main tengah malam tu. Bangun paginya (pun mood ok sebab terus jalan ke arah saya di meja makan dengan terpisat-pisat matanya, saya welcome morning dia skrip rutin: Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Ya Muhammad Al Fateh Al Hafiz sambil peluk dan usap belakang dia), dia tanya lagi mana abang? Saya cakap abang dah balik lah. Katanya, abang balik sebab Ateh nak main kereta dia ke? (Nampaknya rasa bersalah dia muncul, sebab aku sibuk nak main mainan kereta abang, maka abang pun balik). Saya kata, tak, bukan sebab kereta tu, abang memang akan balik juga.

Mood dia ok dan resolved. Bagaimana saya tahu resolved? Sebab saya boleh rasa, kecemasan dan degupan jantung dia, laju cemas takut marah sedih kecewa vs. emosi tenang, selesa, gembira dan ringan . Pagi ini dia memang tenang gembira :) Alhamdulillah.

Refleksi dan Tips Solusi:

* Sebenarnya abang dan kakak banyak bertolak ansur dengan memberi dia pinjam akan kereta kontrol mereka. Pujian untuk kakak 5 tahun dan abang 7 tahun ini saya berikan segera (otak kiri dah matang).

* Fateh sebenarnya overwhelmed lebih kepada amat letih fizikal, mental dan emosi untuk mampu membendung emosi kecewa semasa dan emosi kecewa lamanya: remote dia hilang dah lama (sebenarnya saya ada tanya kat kedai itu, ada jual remote control sahaja tak? tak ada kata mereka), maka rasa cemburu dan terancam membuak-buak terhadap abang kakak yang serentak berdua ada kereta dengan remote control yang boleh berfungsi pula. Ditambah karektor Fateh yang sentiasa mahu bersaing dan setara dengan kakak abang dalam apa jua situasi.

* Cara saya handle: tenang, langsung tidak marah, keep on telling him, itu abang kakak punya, kalau nak, Fateh minta pinjam mereka, saya bagi skrip: Abang boleh bagi pinjam kejap tak (assertive skill), dan menariknya dia pi tanya dan abang kakak beberapa kali bagi pinjam, terus saya puji baiknya hati abang boleh bagi Fateh pinjam sat. Dia main kejap dengan gembira dan lepas tu memang la abang kakak ambil semula. Dia merengek dan meminta pertolongan (support system utama ibu, iaitu saya, bantu menenangkan dan beri skill, ajar, saya comparekan jika budak yang dah tidak percaya kepada ibu bapa sebagai support system, yang bermula usia sekolah rendah dan kemuncak umur remaja, pabila ada masalah mereka tidak akan pergi kepada ibubapa sebaliknya sumber rujukan lain yang salah, maka ingat 0-6 tahun usia emas ini confirm anak akan pergi kepada kita), saya kata, kan Fateh dah dapat main tadi, abang la pulak nak main. Gilir-gilir. Lagipun itu kan abang punya.. Last, saya mandikan dia, bagi susu botol dan susu ibu, terus pengsan lena.

* Oh ya, ingat tak saya kata mengenai apa kita fikir, rasa, ucapkan dan lakukan adalah satu doa. Tipsnya kita tak fikir apa-apa negatif tentang anak, sebaik sahaja kita rasa macam dah sedikit over melayan kerenah mengadunya, saya terus ambil langkah memandikan dia untuk change energy saya dan dia. Kedua, sebelum Fateh bangun 1 am lebih tu, saya solat isya' dan doakan untuk emosinya itu. InsyaAllah Allah Maha Mendengar dan Membantu, mudahkan segalanya.

............................................................................................................

Teaching self-control: Evidence-based tips from http://www.parentingscience.com/teaching-self-control.html

7. Be an “emotion coach.”

Adults react in different ways to a child’s negative emotions.

Some are dismissive (“That’s no reason to be sad.”).

Others are disapproving (“Stop crying!”)

These approaches aren’t helpful, because they don’t teach kids how to regulate themselves.

By contrast, kids benefit when parents talk to them about their feelings, show empathy, and discuss constructive ways to cope.

Researchers call this “emotion coaching,” and it’s associated with better child outcomes. For instance, in one recent study, adolescents who had been coached by their mothers showed a pattern of decreasing behavior problems over time (Shortt et al 2010).

For more information about the benefits of talking with kids about their emotions, see this article on mind-minded parenting.

........................................................................................................................

Wednesday, April 23, 2014

Fateh dan Realisasi Bukit

Bismillah.

Ingat tentang hasrat Fateh nak naik bukit itu? :-D

Sangat besar kekuasaan Allah yang mengizinkan dan mengabulkan doa (kata-kata hamba Nya). Besar juga kuasa minda dan hasrat/keteringinan seseorang manusia. Apatah lagi dengan respon yg terbuka tentang hasrat itu (berusaha beri respon terbuka, berbanding tertutup), rupanya menjayakan sesuatu yg kelihatan agak mustahil pada awalnya.

Beberapa minggu yg lalu, Fateh telah berjaya 'menaiki bukit' walau dengan menaiki kereta. Ini pun pada mulanya saya tak perasan langsung, sebab kami ke pasar Wang Kelian belah Malaysia untuk tolong belikan 'Teacher Laptop' mainan kanak2 yg ditempah beberapa rakan FB.

Otw pulang, suami tiba2 mahu berhenti hanya untuk merakam gambar di atas bukit itu. Apa nama bukit itu, saya pun tidak tahu.
Saya ulang beberapa kali, "Fateh dah berjaya naik bukiittt..!". Terdiam sahaja dia. ^_^

Yg seronok juga, ada batu tanda sama tempat pelakon utama filem pendek "Passport Ekspress" berdiri dan menjerit melepaskan perasaan terbuku di dalam dada. Saya ambil kesempatan bergambar juga.

Sambungan dari itu, semalam, di denai, dengan kehadiran tiga kanak-kanak kecil kawan Fateh : Kakak Balqis (7), Kakak Tasya (6) dan Abg Bazli (5), yang sangat aktif, merealisasikan sekali lagi pengalaman naik bukit bersama-sama Fateh, iaitu mendaki dengan kaki sendiri pula ^_^… Bukit itu memang sangat kecil, namun besar utk mereka agaknya...

Menarik betul kuasa hasrat (hati), minda (bayangan mental imaging otak kanan kanak2) dan respon ibu (berkat rela dan redha ibu) ni..  Semoga segala kata-kata kita dapat dipelihara, kerana ia adalah satu doa. Saya juga berazam mahu ucapkan yang baik-baik sahaja.. InsyaAllah.

Alhmdulillah.

Monday, April 7, 2014

Fateh & Bukit Itu

BismillahirRahmanirRahim

Sy terfikir sesuatu masa kat RnR Tapah baru ni. Pasal anak kecil yang tiada pengalaman banyak, mereka tiada ekspektasi apa-apa bila kita beritahu sesuatu, kan.

Jadi anak akan lambat respon sebab 'first time' dengar jawapan kita, dia akan senyal lama, or hmm?? 'Then' kita ulang-ulang penerangan. Lama lepas tu dia akan jawab hmm.. (Tanda setuju). (Ini cth cara jawapan fateh lah).

Makna kita kena sabar masa 'explain' sesuatu kat dia, sebab dia sedang proses nak memahami sesuatu. Kognitif dia sedang proses input itu.

Cth: Fateh kata "nak nek bukiiit" (bukit besi hangit kat rumah saya). Aduh, apa saya nak jawab.

Fateh 10 Feb 2014, 7.30 am, genap 2 tahun
Lain: "Nak gi sekolah..."

Saya jawab, "Fateh umur 4 tahun, besar sikit, Fateh boleh g sekolah ya". Lama baru dia jawab "hmm!" setuju dia tu.
Fateh pertama kali tengok Twin Tower, diperkenalkan nama bangunan itu,
senyap sahaja dia (sedang me register kot macam bukit itu)

Saya jawab: "Fateh, nanti fateh besar sikit, Fateh boleh panjat bukit, ya!" Lama sikit, baru dia 'reply'. "Hm!" Tanda setuju. (Esok dia tanya lagi, sy jawab sama lagi).

Maksud kita sabar untuk dia 'reply' (terima, atau tolak. Tolak, memberontak sebab tak faham kenapa xboleh, terima sebab faham separuh, 'which is now i can't get it').

Bila kita 'first time' diberitahu sesuatu, contoh tempat keje baru, kita tak faham sepenuhnya cara kerja tu. Lambat sikit nak proses, kan. Maklum, budak baru belajar. Bila dah 3 tahun keje yang sama, kita cepat faham dan terus bertindak, kan.

So macam nak ajar anak pakai kasut or dia nk masukkan butang baju, lambat kan, kena sabar, sebab dia sedang proses isi pembelajaran itu. Bila keadaan biasa, kita memang xsabar sebab lama, kita akan buatkan untuk dia. So kat situ dia tak belajar banyak (sesekali memang kita akan buatkan sebab nak cpt, kan, jadinya kurangkan untuk buatkan, biar lambat tapi dia akan master dalam sesuatu skill tu).

So 'key' nya adalah sabar sebab mereka segalanya adalah pertama kali atau awal-awal pembelajaran, hidup pun baru 1-2 tahun, kita ni berpuluh-puluh tahun, sangat tidak wajar nak marah atau geram kerana hakikatnya mereka memang layak untuk 'slow' bagi sesuatu yang baru nak difahami dan dilakukan.

07/04/14, R n R Tapah, Fateh 2.1

Wallahualam.

Sunday, March 16, 2014

Fateh dan Page 33 Buku Al Furqan

BismillahirRahmanirRahim

Kaedah dan Teknik Nabi dalam Mendorong Anak Kecil Membaca Buku

Video: 16 Mac 2014, Ahad Petang

Teknik “Read n Reward”, kaedah ‘bayangan menggoda lagi’ untuk ganjaran yang dimahukan si kecil

Petang Ahad lalu, tiba-tiba anakanda Fateh, 2 tahun 1 bulan, menyebut berulang kali, “Nak aim, nak aim”. Saya pada mulanya tidak dapat kenalpasti apakah itu. Kemudiannya saya diilhamkan Allah, mungkin mahu aiskrim, penangan petang tadi di Wang Kelian saya telah belikan aiskrim untuknya. Sebagai makluman, baru pertama kali saya belikan aiskrim dlm kotak biasa tu sepanjang hidupnya, dan beri sesudu, serta tambah jika sesuai untuk umpanan baca huruf dari lirik lagu AlBarqy sebelum ini. Kali terakhir, hujung minggu lalu saya beri rasanya, masih berbaki banyak kerana saya pun tidak berapa makan aiskrim.

Saya pun bertanya: “Fateh nak aiskrim?”. “Hmm!” jawabnya. Oh, sahlah memang nak aiskrim rupanya, hehehehe. Apala maknya ni. “Fateh nak aiskrim?” ulang sah saya bertanya lagi. “Nak aim..”, jawabnya. “Fateh nak aiskrim yang kat peti ais atas ni ke?”. “Hmm!”, Fateh menjawab sah. “Fateh nak berapa scoop?” (saja beri soalan menggoda untuk memancing bayangan sedapnya aiskrim nak dapat nanti). “Coop!”, jawabnya. “Fateh nak aiskrim, Fateh baca buku Al Furqan ya?” (teknik menawarkan ganjaran). “Hmm!”, jawabnya sambil terus duduk bersila sedia membaca. (Alhamdulillah, suka dan syukurnya ibunya ni).

Muhasabah : Teknik Silap

Pabila anakanda melakukan aksi menguji (memang kesabaran amat tinggi amat perlu ya), dengan duduk di atas buku al furqannya, saya berkata silap iaitu: “Tak boleh duduk atas buku ni..”. 

Sebaiknya gunakan Teknik Pejam Mata Pada Kesalahan dan ganti dengan Teknik Menerangkan Kesalahan, iaitu beritahu peraturan selamat umum, seperti: “Fateh, buku untuk dibaca, bukan untuk di duduk…”.

Teknik Pujian 
Pabila betul disebut, puji segera seperti “Betul”, “Pandai”, “Tepat” (ringkas & segera, tidak sempat beri ayat impak sebab nak remain fokus dia), dengan nada tinggi (anak kecil suka nada tinggi positif berbanding nada rendah positif atau nada tinggi negatif) Jangan lupa sambil senyum (visual, anak nampak), tepuk bahu, tangan, belakang jika sempat (kinestetik) selain skrip pujian ringkas (audio, anak dengar) untuk gabungkan ketiga-tiga elemen mendorong anak: Audio, Visual, dan Kinestetik. Semasa anak stres kerana lupa, saya usap sedikit dan beri kata dorongan, "Fateh pandai, Fateh boleh ingat".

Teknik Pejam Mata Pada Kesalahan
Saya tidak beritahu kesalahannya beralih perhatian (tekan tubi kegemarannya, sampai meleleh airliurnya: fahami dan kenalpasti strategi coping skill anak pabila stress, kaedah physical dibuatnya itu adalah sgt normal dan sihat sebab release energy stress dia) kerana itu mengundang lagi rasa ‘down’ kanak-kanak. Sebaliknya saya layan sebentar, sama ada rekfleksi kepada apa yg sedang dilakukan, ataupun puji, dan terus mengajak beralih ke buku semula. Contoh, “Ohh, Fateh angkat motor, kuatnya.. Ok, ni huruf apa?” “Ya, betul, ni huruf Ta, kat belakang ni. Ok, sekarang kita baca kat sini”.

Nota.

Kami rakan seperjuangan telah melalui on dan off menggunakan buku dalam mengajar anak. Buku sebagai exam, sebab ia huruf bercampur dan tidak sequent seperti kad imbas berbaris ketiganya (contoh ‘ba bi bu’). Kami istiqamahkan kad imbas, video dan aktiviti game lain sebagai rutin harian. Jadinya buku Al Furqan Fateh ni memang saya akan bagi dia baca pabila dia bersedia sahaja. Dan tiada ulang tayang untuk kali kedua. Dapat, that’s it, tak dapat, half page, stop, esok atau lain masa, ulang lagi dari awal untuk berjaya membaca  1 page. Ini untuk melatih disiplin buku dan mudah ke depan nanti untuk baca surah dari kalam.

Page 1-23 al furqan agak mudah kerana berbaris atas sahaja, huruf mesra bayi secara rawak berulang-ulang, dan anak kami dibiasakan dengan kad imbas berbaris atas sejak bayi. Pabila masuk ke page 24-33, kami ada ‘stuck’ sedikit kerana anak belum biasa dengan huruf baris bawah. Ikut flow aaiiuu memang boleh, namun jika dirawakkan huruf baris atas dan bawah dengan pasangan lain-lain, anak akan mengambil masa, sedikit sukar dan keliru. Jadinya page 8-23 Fateh dapat buat hampir setiap hari bermula sehari sebelum umur genap 2 tahun, target sehari satu page, namun bermula page 24, memang ada gap tidak membaca berhari-hari, ikut kemampuan dan kesudiannya membaca. 

(Kaedah saya, hintkan dengan sebut “ni, baris bawah ni” atau “ni, baris atas ni apa”. Dahulu saya sebut “Ha baris bawah?” sebab anak dah dengar huruf tunggal Ha, maka takut hint terlalu banyak utk dia dapat kenal dan sebut jawapan “Hi”).

Dorongan ganjaran sentiasa dilakukan. Sebelum ini kapal terbang ajaibnya (hehehe). Sebab kita mahu anak membaca dengan rela dan bukan paksa, happy bukan tertekan. Dorongan untuk dia berjaya dapat ganjaran seperti dimahukannya setelah dia usaha membaca (iaitu sangat berbaloi kan. Read n reward anak ini saya mula pada usia dia 1thn 10 bulan dahulu, tidak terlalu awal tidak terlalu lewat, setiap anak beza umur sesuainya ya) kerana kita mahu dia happy dapat sesuatu setelah dia usaha. Kaedah konsisten read n reward membuatkan anak sangat faham, contoh, kapal terbangnya itu hanya dapat pabila berjaya membaca se mukasurat al furqan. Kadang dia jawab “tak mahu”, dan sudi untuk tidak dapat main kapal terbang (ya, memang dia sanggup x dapat main, dan dia betul-betul Okay). Kaedah ganti emosi kecewa telah saya lakukan sejak awal iaitu dengan membuat kapal terbang kertas yang percuma, mudah, malah boleh terbang lagi (ada artikel lain saya tulis sebelum ini berkenaan replacement kekecewaan).

Anak pasti akan stress pabila lupa/sukar fokus. Maka ibu perlu sangat tenang dan ‘stress free’, hehehe (sabar, sabar). Ini kerana jika kita marah, jadi singa, atau mengalah, apatah lagi anak, lagilah akan turn to jadi mudah putus asa dan mengalah, tidak fokus dan tidak mampu habiskan satu page pun. Alhamdulillah saya dikurniakan kesabaran tinggi dalam mendidik dan mendorong anak, tp bukan org dewasa ya, hehehe). Bayangkan page ini mengambil masa 7 min lebih rakamannya. Ada saat dalam pg 33 ini yg saya pun tak pasti anak boleh sebut betul atau tidak, tapi saya redah dan serah aja. Kerana Allah yang mengajarkannya, saya hanya mediator, dan saya telah usaha berterusan setiap hari tanpa gagal memasukkan input islamic educ kpdnya (Alhamdulillah). Biasanya dia memang akan mengambil masa lama, untuk recall, dan sebutannya biasa memang betul huruf itu walaupun ambil masa lama. Yalah, dari kad imbas lain, dalam buku pabila bercampur dengan huruf lain, bersusun pula (otak kiri), pasti anak rasa sedikit sukar. Tapi ingat, Mereka Boleh. Don’t underestimate your child. Kita pun tak paksa jika kita rasa anak tak mampu. Boleh guna kaedah stop dan tutup buku, sambung aktiviti otak kanan lain mcm menari/berjoget pusing sambil tonton video hijayyah lain. Hakikatnya semua anak memang mampu, dengan limit dan tahap kemampuan masing2, asalkan memang ibu ada masukkan input tersebut, output pasti akan keluar, cuma lambat atau cepat sahaja. Sabar, sabar.

Perhatikan pabila anak sangat tidak dapat jawab betul, macam Fateh, huruf Dal baris atas (mesra bayi zaman dahulukala) pun dia boleh ingat Dii, begitu yakin dia menjawab Diii berkali-kali tanpa lelah, hingga mengalih perhatian bermacam2  dibuatnya. Gunakan instinct ibu, bantu anak. Berikan jawapan yg betul, tidak kata jawapan anak salah, tp bagi hint dulu, kemudian akhirtnya beritahu sebutan yg betul, kemudian puji sebab dia sebut betul yg kita telah sebutkan dahulu. 

Semoga bermanfaat, dan dianugerahkan kesabaran serta kuat kesabaran semua ibu dalam mendidik permata generasi penerus kita ini. Amin. 

Alhamdulillah.

Sunday, February 2, 2014

Kisah Anak Kecil dan Gunting.

BismillahirRahmanirRahim

~◀Anak kecil bawah 2 tahun dan gunting sebenar▶~

Aduhh.. biasanya kita tak galakkan anak kecil untuk bermain gunting kan?

Teringat fakta 'wow' untuk anak mencecah umur 2 tahun, iaitu umur 2 thn mencapai 100 trillion cells; paling tinggi dicapai oleh otak manusia seumur hidupnya. Dan umur 1-2 thn sel-sel dlm otak terus-terusan bertambah tidak henti. Tu yang kata anak kecil macam sponge. 
Pada masa inilah yang kita nak kejarkan iaitu masukkan yang baik-baik, kerana 0-2 thn anak mencapai 80% otak dewasanya. Maka apa yg didengar, dilihat dan dilaluinya sekarang, itulah karektor dan pencapaian yg ditunjukkan bila dewasa kelak. Jika cara komunikasi ibu bapa sentiasa berbentuk marah, itulah caragaya komunikasi si anak bila dewasa kelak.

Perasan tak anak seawal usia 1 tahun sudah mula boleh imitate tigkahlaku kita? Untuk anakanda Fateh kami, genap usia 12 bulan (iaitu 11 bulan yg lalu) beliau menunjukkan dua insiden di depan mata kami yang membuatkan kami ternganga; I) mengambil kasut kecilnya lalu mencampaknya jauh, 2) mengambil kain lalu mengelap luaran bolanya. 
Ia exactly sama dan sesudah kami iaitu ibu (adegan 1) dan bapa nya (adegan 2) melakukan tingkah laku itu. Huhu.

Jadinya, apa risaukan sgt kisah gunting sebenar yg bahaya ini? Hehe memang ada byk pandangan. Ada kawan saya tidak beri sehingga anak masuk darjah 1. Saya juga tdk pernah beri anakanda guna gunting real ini, sehingga satu saat beberapa bulan dahulu saya mengajaknya membalut beberapa buah buku nya yang dikoyakkannya tanpa sengaja (saya yang kecewa sendiri lalu terus menyimpan/menyorokkan, kemudian mengeluarkannya semula krn mahu membentuk rasa tanggungjawab pada si toddler yg bijaksana ini).

Semasa aktiviti membalut itu, si kecil tak sudah-sudah mahu mencuba menggunakan gunting. Jadi akhirnya sy beri beliau cuba dengan teknik menunjukkan cara dahulu. Teknik nabi di sini ialah teknik menunjukkan cara kepada seseorang yang kita mahu dia belajar sesuatu. Ia lebih berkesan dari berkata-kata sahaja. Iaitu membuka gunting guna dua tangan, lalu gunting akan selofan tape yang saya sudah siapkan panjang yg saya mahu. Dalam sesi itu, hanya alat gunting yg dia minat. Tidak selofan tape. Kenapa? Kerana itu yang kita selalu sorokkan dan tak bagi cuba, kan. 

Saya selalu berkata, bagilah anak cuba melakukan aktiviti dewasa dan barang real, seperti penyapu, penyodok dll. Percaya tak hatta sudip dan senduk mengacau di kuali dan periuk panas serta lesung batu pun saya beri cuba. Kerana si kecil senantiasa mahu "nak nenok, nak nenok" semasa saya memasak, dan setelah didukung, "nak, nak" (nak buat sekali sama mcm kita buatla kan hehe). Hasil dari sejak awl lagi saya bagi cuba, konsep 'danger' memang dia sudah tahu dan rasai dari awal. Maka dia akan lebih berhati-hati dan bertanggungjawab. Tersadung jatuh lantai basah, terpegang kettle panas dan baru ini periuk sup, dll pernah dialami. Bukan maksud sy nak dedahkan sgt bahaya tu, kan bahaya, cuma nya dia ter sasar dan berlaku di hadapan saya, dan pada masa inilah mudah saya guna teknik nabi iaitu teknik terangkan kesalahan dengan beritahu peraturan selamat secara positif. Cth: "jalan hati-hati" (pendek aja, instead "jangan lari" or "jangan pegang", sebab dia bukan remaja yang boleh faham ayat panjang sangat kan).

Mksudnya di sini, anak kecil boleh memfungsikan alatan dengan sangat baik seperti mana kita gunakan. Dlm video ini, tiada pula si kecil tergunting tangan, kan. Nauzubillah.. bukan doa. Maksud, dia faham fungsi gunting adalah untuk gunting benda nak digunting dan bukan benda selainnya. Pabila dia cuba gunting barang yg x boleh digunting (spt cawan plastik di dlm video ini), elok diberitahu akan teknik nabi teknik menerangkan kesalahan dengan memberitahu peraturan selamat: "gunting untuk menggunting xxx, dan cawan hanya untuk diminum, sayang.." dan pujian diberi pabila si kecil menurut didikan kita. Sy pun tidak lah spontan dpt melaksanakan teknik nabi dgn sempurna, namun refleksi diri senantiasa berlaku pabila saya berfikir dan melihat semula respon sy kpd si kecil setiap hari.. (macam wayang video hehe).

Kisah video ini berlaku tnpa saya rancang, iaitu si kecil duduk di atas meja (yg mana meja bkn untuk diduduki tetapi utk diletak makanan ya), berlaku sesekali dan amat jarang berlaku (dh pandai panjat sangat, kan). Dan saya baru shj menggunakan gunting untuk menggunting paket kopi istimewa untuk suami tercinta :-), tertinggal sekejap atas meja, terus diambilnya. Namun kagum, boleh fungsikan dengan baik, tekun fokus dan hati-hati. Secara xlangsung melatih kemahiran motor halus dan hand-eye coordination nya. 

Mesej saya ialah: Beri peluang, dan pantau sepenuhnya anak kecil semasa menggunakan alat dewasa. Terangkan dan tunjukkan. Usah kata mereka x faham dan elakkan marah pabila mereka tercapai alat kesayangan kita kerana kita yg silap x simpan di tempat x boleh capai, kan.. Mereka dengar dan separa faham namun sub concious mind mesejnya dah masuk. InsyaAllah mudah nanti bila besar sedikit. Daripada kita dok larang-larang, kan. Nanti diambilnya di belakang kita dan buat cara lain yg tak betul, lagi haru kan. 

Mesej saya juga ialah lakukan aktiviti itu bersama. Dari mereka lihat shj dari jauh dan tiada idea langsung bagaimana ia berfungsi, anak kecil akan belajar lebih berkesan pabila melibatkan badan mereka sendiri. Cth lihat dr jauh guna gunting vs. lalui sendiri kaedah guna gunting sebenar. Oh begini rupanya rasanya menggunting. Mcm kita jugalah. Oh mcm ni rasa Nasi Lemak Antarabangsa yg dok selalu dengar dan tengok org mkn. Kan beza impaknya? Elok ia berlaku di hadapan kita. Dan pastinya gunting kanak-kanak yg selamat tu boleh dibeli sebagai replacement bahan alat dewasa yg bahaya. Ia option yg sangat baik!

Saya teringat klien remaja saya yg kesemuanya ibubapa x beri peluang berkawan dengan kawan lelaki (klien bermaksud dah berlaku sesuatu yg buruk ya. Jika tdk, tidak lah sampai perlukan treatment dan intervensi dari autorti kan). Sedangkan fitrah remaja ialah kebebasan, hak bersuara, dan minat bersahabat dengan kawan lain jantina. Dan teringat sebuah keluarga yg sgt sporting membenarkan anak2 remaja berkawan sehingga anak2 ber dating di luar pangkin rumah. Mak ayah pun ok aja. Anak2 pun ok happy aja. Jarang jumpa famili macam ni kan.

Fahami keperluan asas psikologi anak ikut perkembangan umur, dan maximisekan pendidikan sihat dan selamat nya. Saya doakan semua ibubapa dapat berikan pendidikan positif dan responsif terbaik utk anak2 tersayang, insyaAllah.

Alhamdulillah.

Wednesday, January 29, 2014

Peraturan Selamat Dalam Rumah vs. Testing Boundary oleh Si Kecil

BismillahirRahmanirRahim.

Ia berlaku malam tadi. Peraturan yang saya beri ialah "minum air di luar bilik tidur". Ini diberitahu kerana Fateh mahu minum air kotak kecil susu nya di dalam bilik tidur. 

Pabila saya bertegas : nada lembut tapi 'firm' menyatakan ayat di atas di tepi /luar bilik tidur sambil Fateh berusaha menarik kotak susunya sambil berbunyi rengek, saya terus berkeras dan dia terlepas (mcm pergelutan kecil pula hehe). Fateh terus menangis lebih kuat. Dan saya hanya biarkan dia.

Sambil menangis kuat (sy pula hampir-hampir mengalah namun bertahan), anakanda Fateh berjalan ke arah saya. Saya berkata lagi, "Fateh, nak minum kat sini", sambil hulurkan straw dan air kotak susu kecilnya. Dia terus minum dan terus OK: yakni berhenti menangis dan sambung main naik traktor di badan ayahnya (dlm bilik tidur dengan seronok yg amat :).

Sy yakin selepas ini dia akan faham, patuh dan beri kerjasama untuk peraturan asas ini. 

Dlm situasi ini, knk2 memang akan menguji kita pabila kita mahu terapkan peraturan selamat. Sy tidak berkata "jangan minum air dlm bilik tidur", sebaliknya sy ganti dengan arahan mudah apa yg saya mahu dia buat, iaitu "minum hanya di luar bilik tidur" (maksud, kita beritahu apa yg boleh, instead melarang, dan maksud saya minumlah kat mana-mana asalkan selain di bilik tidur). 

Teknik menerangkan kesalahan dlm teknik nabi ialah : "minum hanya di luar bilik tidur. Bila fateh minum dalam bilik tidur dan air tumpah, nanti kena lap. Bila berlengas, semut boleh datang dan gigit kita semua", saya ada ucapkan semasa dia minum dlm bilik kedua bilik solat semasa sy solat dan memang dah tumpah pun. Tp sy tidak tarik air kotaknya dan dia tidak menangis kerana tiada penegasan melibatkan anggota badan. Sy hanya guna teknik solusi biasa sy iaitu berikan tisu dan dia pun lap..

Kes menangis kuat itu krn mahu sy mengalah ialah 'testing limit/boundary', pabila kanak2 mahu kita setuju dengan keputusan mereka. Once kita setuju/mengalah, mereka akan ulang kaedah menangis kuat itu lagi dan tahu dgn menangis kuat ibubapa akan turuti kemahuan mereka. Ia biasa berlaku, bukan?

Bertahan utk keputusan anda sbg ibubapa bg keputusan yg benar. Spt mainan yg sama berulang mahu dimiliki lagi. Tidak wajar dituruti.

Tanda testing limit/boundary knk2 usia toddler yg mula boleh berkata 'tidak' mengikut tahap ialah:

1. Anak 'say no' kpd permintaan kita. Cth: Fateh nak minum kat luar bilik. Sy minta minum dekat saya di luar bilik (dlm situasi ini sy pegangkan air kotak krn dia sdg bermain special time dgn ayh). Anak menjawab "tak mau".

2. Anak menangis kerana tetap dgn keputusan dia pabila saya tidak beri izin kpd keputusan dia mahu minum dlm bilik tidur.

3. Anak berguling guling atas lantai sambil menangis kuat kerana mahu kita turuti kemahuan dia (alhmdulillah kami belum pernah sampai ke tahap ini lg),

4. Anak sehingga muntah-muntah kerana terlalu kuat dan lama menangis.

Caranya klu dah sampai tahap ke-4, biarkan. 

Setelah selesai muntah dan tersedu-sedu, guna teknik nabi teknik solusi , "Dah habis dah? Jum kita basuh badan" (sbb penuh muntah kan). 

Sambil bersihkan, puji kpd kesanggupan anak mengikut arahan tadi, "Anak mama yang dengar kata ni anak yang soleh (puji tingkahlaku).  Allah dan Rasul sayang anak yang dengar kata ibubapanya (impak). Mama pun sayang pd anak mama yg baik ni (impak 2).
Teknik menerangkan kesalahan : bila adik nak sesuatu dan minta elok2, mama beri bila mama rasa boleh beli. Bila mama tak bagi, mama ada sebab. Mainan kat rumah dah ada yg sama. Adik main sampai puas. Mama plan nanti adik rajin belajar iqra sampai habis buku 1 nanti mama belikan mainan adik nak tadi ok". Selepas tu boleh beri teknik ganjaran sosial non material spt senyum, usap dan belai peluk.

Sy doakan semua ibubapa dapat mengendalikan kerenah comel anak2 yang menguji kesabaran ini dgn sgt berhemah dan efektif.

Alhamdulillah.
(Sempat menulis semasa lunch hr break)

Fateh sibuk nak tolong kacau bancuhan cekodok

Saturday, December 28, 2013

Objek Sebagai Simbol Objek Lain; 'Mee Spageti Sebagai Ular'

BismillahirRahmanirRahim

Teknik Tidak Menunjuk Kesalahan, Teknik Solusi

Pada satu ketika selepas makan (hujung-hujung waktu makan anak yang berakhir dengan main), anakanda soleh Fateh menyebut-nyebut beberapa kali “Uuwar! Uuwwar!”

Pada mulanya saya tidak perasan, kemudiannya saya dapati dia berusungguh-sungguh menyatakan apa yang dia nampak itu adalah ‘ular’ (ini kes pergi Taman Ular beberapa kali dan suka betul dengan pengalaman ke taman itu la ni haha :) (saya juga ada figurines binatang dan salah satunya ular, lama dahulu telah diperkenalkan kepadanya).

Saya tidak berkata “Ish, makan aje lah. Mana ada ularnya” atau “Cepat habiskan makanan, Mummy nak kemas pulak ni”.

Sebaliknya saya hanya berkata “Oh, Fateh nampak ular” (sambil beri perhatian iaitu eye contact: ganjaran sosial). Berapa ekor ular ada tu?” (Teknik Tidak Menunjuk Kesalahan). Mulalah dia mengira ala cara dia : “Ti, ti, ti, ti”. “Hmm.. banyaknya ular”, saya menjawab. Anak pun seronok dan sebut “Uuwar” lagi.

“OK dah habis makan kan. Jum kita basuh tangan dan mulut” (Teknik Solusi). Anak pun menurut sahaja sebab puas dapat perhatian dan rekognisi apa yang dia nampakkan itu. 

Kan mudah, Teknik Solusi. Tapi layan dahulu, ini amat penting ya! Saya yakin semua ibu dan ayah mampu melayan dahulu bicara si kecil ini dengan baik.

Nota.

Mengikut Teori Perkembangan Kognitif (Piaget), antara umur 2-7, ciri asas tahap ini adalah penggunaan simbol atau bahasa tanda dan seterusnya berkembang konsep intuitif (umur 4-7).

Jadi, dengarlah apa dikatakan anak, mengiyakan disertai pengesahan dari pengalaman si kecil seterusnya membantu mereka memahami konsep kehidupan, alam simbol dan realiti. 

Peringkat ini juga konversasi (perbualan) belum jelas dan konkrit, maka pengesahan dan mendengar apa dikatakan mereka amat penting agar mereka rasa dihargai dan didengari. 

Semua ibu kebanyakannya faham apa yang anak sebutkan walau pelat dan kurang jelas. Contoh anak saya sebut ‘bendera’ sebagai ‘amenna’ dan ‘umbrella’ juga ‘amenna’, serta ‘uncle’ sebagai ‘aten’ dan banyak perkataan lain lagi. Kerana teknik mendengar yg baik (maklumlah sebagai kaunselor kanak-kanak, Alhamdulillah), mudah saya ‘recognise’ apa yang si kecil maksudkan dari sudut pandangannya. 

Pujilah ia sekiranya anda rasa itu satu perkembangan yg baik. Contoh: “Waah Fateh ingat lagi ular yang kita nampak hari tu, nanti boleh lah lukis ular lepas ni ya!” (kita tambah impak yang kita nak anak capai perkembangan seterusnya) (Alhamdulillah sebelum ni anak sgt excited bila sesi melukisnya sambil sebut “Allah’ (tulis Allah arab tapi panjang ke bawah perlahan-lahan :) atau “Buuwat” (lukis bulat, betul bulat).

Saya doakan semua ibu bapa akan merespons dan melayan luahan awal anak kecil dengan sabar dan penuh perhatian, kerana ini membentuk 'bonding' (hubungan), kerapatan (attachment) dan seterusnya kepercayaan anak kepada kita, dalam bercerita apa sahaja pengalaman baik buruk mereka kepada ibubapa sehingga mereka dewasa kelak, InsyaAllah.

Alhamdulillah.

Photo: Perkongsian Puan Maznah Ibrahim

Spageti tiba-tiba disebut "Uuwar!"

Saturday, December 7, 2013

Teknik 'Channel' Tingkahlaku Negatif Kepada Aktiviti Sihat

BismillahirRahmanirRahim

Teknik Pejam Mata Pada Kesalahan, Tidak Mengkritik, Tidak Marah, Ganti dengan Teknik Menunjukkan Cara Yang Betul bagi Mengeluarkan Energi Kreatif Si Kecil.

Tingkah laku kurang baik pernah ditonjolkan anak saya, Fateh ketika usia 1 tahun lebih dahulu ialah, memukul kepala orang lain :D (aduiih), dan baru ini menyembur air liur (dalam video attach di sini yang saya rakam kerana aksi ayah-anak untuk memori kami, namun tiba-tiba keluar aksi kurang sesuainya :D) dan saya terus channelkan kepada aktiviti sihat :)

Teknik Channelkan Tingkah laku tidak sesuai anak kecil memukul kepala orang lain (sama ada kanak-kanak atau orang dewasa) kepada aktiviti sihat:

1) Saya belikan alat tukul mainan plastik yang berbunyi ‘piit, piit’ tu, dan terus tunjukkan kepada anak: “Fateh, buat macam ni” (ambil alat mainan tukul plastik dan ketuk lantai bertalu-talu).
Hasil, anak akan terus buat seperti ditunjukkan sebab seronok dan spontan, kan. Kemudian jangan lupa untuk puji akan tingkah laku betulnya itu: “Waah, Fateh ketuk keluar la bunyi nya (puji tingkah laku spesifik), Mummy suka! (impak 1). Takdelah Mummy sakit (buat muka sakit) (Impak 2).

2) Rakan saya di satu majlis jamuan raya yang besar menunjukkan cara ini kepada anak secara spontan dan positif, dan saya terus amalkan di rumah.
Pabila anak angkat tangan dan ter ketuk kepala rakan, rakan saya terus menawarkan ‘Give me Five’ tapak tangannya. Otomatik anak terus sambut dan buat tepuk ‘Give me Five’ seluruh tapak tangannya dan mereka buat beberapa kali dengan gembira :D. Saya terus beri ganjaran sosial tanpa material iaitu ‘senyum lebar’ tanda suka. Elok ditambah skrip: “Waah, Fateh boleh buat ‘give me five’ la (puji tingkah laku spesifik), kan seronok tu… (Impak 1). (lama kelamaan tingkahlaku kurang sesuai ini akan terhenti sendiri).

Tingkah laku tidak sesuai anak kecil menyembur air liur dengan seronoknya (dalam video)

1) Teknik menegur kesalahan dengan tidak menunjukkan kepada kesalahannya secara spesifik tetapi memberitahu peraturan umum selamat: “Fateh, khalifah tak menyembur macam tu,”. Kemudian terus arahkan kepada aktiviti selamat lain: “Fateh, Uuuu” (anak menyambut dengan menyebut “Uuu”), “Aa..” (anak menyambut “Aaa”), “Iiiiii”, anak menyambut “Iiiii”, saya sambung “Uuuuu”, anak akan ikut seterusnya. Ba Bi Bu sehingga dia sendiri lupa menyembur dan mahu membaca buku alFurqan pula :)

Mengajar Anak Kecil Bawah 2 tahun Mengenal Huruf Hijayyah.

Anak kerap menyebut huruf lain pabila ditunjukkan flash card huruf hijayyah berbaris atas, kerana lupa. Saya tidak pernah marah, kritik, atau tegur kesalahannya. Sebaliknya saya hanya menyebut huruf yang betul, dan anak akan ulang huruf yang betul itu. Seterusnya saya akan memuji, dan beri ganjaran sosial seperti senyum, tepuk tangan dan sentuh bahu/kepala dan kadangkala cium pipinya.

Contoh: saya tunjukkan huruf ‘La’ (Lam berbaris atas), dan anak hentam sebut lain seperti “Taaa” dengan seronok dan yakinnya (maka saya tahu yang dia betul-betul lupa). Saya terus sebutkan huruf yang betul iaitu “Laaa”, dan anak akan sambut sebut “Laaa” dan saya puji akan tingkahlaku menyebut yang betul itu, dengan berkata “Betul Laaa” serentak tepuk tangan dan senyum lebar (teknik ganjaran sosial). Ini berlaku jika saya nampak anak konfiden sebut huruf walaupun salah dan saya tahu dia lupa. Namun saya hargai usaha nya mahu menyebut, berbanding kadang kala ada mood tak ok nya, dia akan tidak mahu menyebut langsung dan terus menukar topik lain.

Nota.

*Berkenaan anak kecil 1-3 tahun yang kerap melakukan tingkahlaku kurang sesuai dengan norma sosial seperti memukul, menarik rambut, menarik tangan dan sebagainya: kanak-kanak kecil secara semulajadi suka berkawan dan bersosial. Namun mereka tidak tahu bagaimana nak sesuaikan (adjust) tenaga nya dengan betul. Banyak situasi kanak-kanak kecil sayang baby kecil, tapi cakar muka atau ketuk kepala baby kecil itu. Percayalah, mereka tidak sengaja, dan tidak berniat. Terutamanya pertama kali. Tanda mereka sengaja mahu buat anda marah ialah: sambil pandang ibu, sambil ketuk kepala. Itu maksudnya mereka mahukan perhatian, dan melalui melakukan kesalahan, mereka mendapat perhatian segera walaupun ia berbentuk jeritan marah dari ibu.

*KEY nya ialah mereka perlu ditunjukkan berkali-kali akan cara yang betul dalam aspek sentuhan selamat, iaitu belai, usap, pegang perlahan dan sebagainya. Apabila mereka cuba melakukan seperti yang kita tunjukkan cara yang betul itu, pujilah akan tingkahlaku nya, bukan orangnya.

*Puji orang memang berbahaya, puji tingkah laku, boleh dibentuk, dididik dan dilentur seterusnya. Contoh: puji orangnya: “Waah pandai..” apabila anak sebut betul huruf. Apa kata jika anak sebut salah, adakah tidak pandai? Maka kita nak kata apa? Perkataan berbentuk ‘pandai’, ‘baik’, ‘cantik’, ‘bagus’ adalah generalisasi dan konotasinya adalah saya pandai / baik / cantik / bagus. Jika tingkahlaku nya sebaliknya? Maka saya bodoh / jahat / hodoh / buruk?

*Teknik nabi memang memuji bukan kepada orangnya namun kepada tingkahlaku spesifik nya. Mereka perlu tahu apa yang betul, dan apa yang salah secara jelas, iaitu tingkah laku spesifik yang betul dan salah. Pujian orang itu berbentuk label. Teknik parenting barat kebelakangan ini juga sudah mula meng ‘highlight’ kan akan cara pujian yang betul iaitu puji tingkah laku spesifik. ‘Labelling’ sangat berbahaya kerana boleh menjatuhkan self esteem kanak-kanak (penghargaan kendiri, keyakinan diri). Jika anda perasan, perkataan baik, pandai dan cantik adalah berbentuk subjektif. Jika pandai, pandai semuanya ke? Pandai apa? Banyak keadaan individu pandai di situ, tapi lemah di sini. Pandai memasak, subjek kemahiran, namun lemah matematik, contohnya. Maka elakkan puji orang kerana ia berbentuk ‘labelling’, subjektif dan menyeluruh.

*Umur 0-3 / 4 tahun masih kuat otak kanannya. Menunjukkan cara betul adalah sangat sesuai dengan usia kecil kerana mereka boleh melihat contoh dan terus belajar melakukannya. Perkataan marah, dan sebagainya menghala kepada bebelan dan kesalan diluahkan, yang bakal merobek hati si kecil tanpa anda sedar sebenarnya boleh dikategorikan sebagai penderaan emosi di dalam Child Act 2001 apabila anak percaya itu betul (contoh "saya bodoh") dan self esteem nya jatuh.

*Contoh “Jangan lari” , kanak-kanak kecil tidak nampak dan faham apa maksud ‘jangan lari’, tetapi mereka nampak perkataan ‘lari’ sebagai aksi ‘lari’, maka mereka akan terus ‘berlari’ :). Gantilah dengan arahan positif seperti “hati-hati” atau “jalan perlahan”. “Jangan panjat” kepada “turun” , “jangan bergerak” kepada “”berdiri tegak” dan “jangan bercakap” kepada “bercakap bila perlu”.

*Usia menginjak sekitar 4 tahun, kanak-kanak sudah kuat otak kirinya. Penjelasan dan penerangan adalah lebih sesuai, iaitu dibawa kepada berbincang dan komunikasi positif Q n A dari anak kecil sangat digalakkan untuk diamalkan. Hatta anak kecil setahun pun boleh diberitahu penerangan walau tidak faham, kerana mereka mendengar, kan? Maka pabila besar sedikit, penerangan akan jadi lebih mudah kerana mereka pernah mendengar dan mengalami peristiwa silap dan pelajaran serta didikan di sepanjang tempoh itu.

Walhamdulillah. Segala yang baik dan betul itu dari Allah, dan jika silap, datang dari kelemahan dan kekhilafan saya sendiri. Wallhualam. Allah Maha Mengetahui dan Maha Berilmu.

Friday, November 22, 2013

Teknik Mendorong Anak Duduk Dalam Carseat

BismillahirRahmanirRahim

Teknik Menerangkan Peraturan

“Fateh, Fateh duduk dalam carseat ya. Mummy sayangkan Fateh, dan Mummy nak Fateh selamat, jadi Fateh perlu duduk dalam carseat ni ya..” (sambil mengusap kepala anak dan mencium dahinya dengan pantas: Ganjaran Sosial Non-Material). 

Anak akan menjawab “Hm !” bermaksud setuju dan memahami (respon pabila tidak faham apa diperkatakan, beliau akan berbunyi tinggi di hujungnya (“Hm?”) atau jika tidak mahu/ tidak setuju akan berkata “Ma Mau!”.

Teknik Pujian Pabila Anak Berjaya / Cuba Duduk Dalam Carseat

“Terima kasih Fateh sebab duduk dengan baik dalam carseat (Pujian tingkahlaku). Mummy rasa syukur sangat (Impak 1). Senang hati Mummy nak memandu (Impak 2)”. Ia biasanya saya ucapkan samada semasa memandu di hadapan (bercakap dengan kuat) pabila saya dapati beliau tidak berbunyi tak selesa atau semasa membuka tali pinggang carseat nya setelah selamat sampai ke destinasi. 

Beliau akan menjawab “Hmm?” dan saya akan ulang lagi skrip di atas. Bermaksud beliau kurang pasti apa maksud saya, dan skrip pujian ini mengesahkan lagi bahawa tingkahlakunya duduk dengan baik itu adalah BETUL, IBU SUKA, SANGAT BAIK, membantu dan selamat untuk kami bersama.

Hasil : Alhamdulillah pertama kali menggunakan skrip ini, anakanda berjaya duduk sehingga selesai perjalanan. Saya dapati sejak gunakan skrip di atas anak sangat berkerjasama hingga kami suami isteri boleh duduk di hadapan manakala anakanda di kerusi belakang seorang diri.

Nota.

*Sayang mudah disebut, namun selamat adalah perkara yang tidak dapat ditolak oleh sesiapa pun. Skrip ini digunakan sejak beliau lebih memahami ayat / arahan (1.5 tahun), berbanding sebelum ini saya tidak berkata apa-apa malahan akan mengalah pabila dia berbunyi kebosanan, sementelah semua buku menarik dan mainannya habis diteroka dan dimainkan.

*Dahulunya saya duduk di belakang di sebelah anak di dalam car seat nya (suami di hadapan memandu). Acapkali juga saya mengalah dan mengambilnya dari carseat nya kerana saya fikir perjalanan jauh, dia bosan mungkin (pastinya). Kami selalu travel Perlis-KL-Perlis. Hatta dalam Perlis sahaja pun kadangkala dia akan berbunyi pabila tiba ‘tempoh limitnya’. Sebagai makluman, anak mula didudukkan dalam car seat sejak dalam pantang lagi.

*Skrip Menerangkan Peraturan Selamat di atas saya gunakan pabila beliau di belakang dan saya di hadapan memandu seorang diri. Saya akan menyediakan buku kegemaran yang sesuai dengan usianya mengenal benda iaitu Kamus Bergambar seperti di dalam gambar (saya capai dengan tangan sambil memandu, ia di poket tempat duduk belakang). Maksud, buku atau mainan mudah capai dan sesuai amat perlu disediakan. Juga susu kotak kecilnya (atas 1 tahun). Semasa bawah 1 tahun saya ada gantungkan tali dan benda menarik (botol kayu wangian kereta / dan nametag kami suami isteri yang ada gambar kami berdua dan anak akan sebut Ayah, Mummy) untuk dia leka melihat dan menyentuhnya (hingga kadangkala botol itu terlantun mengenai dahinya, kasihan dia).

*Ibu dan ayah yang prihatin dan pentingkan keselamatan anak akan tidak mengalah dengan desakan anak untuk dikeluarkan dari carseat demi faktor keselamatan. Anak akan ‘test’ kita orang dewasa dengan berbunyi sambil memandang kita. Pabila kita mengalah, beliau akan tahu yang dengan cara merengek kita akan mengeluarkannya. Sama ada (1) anda berkeras hati sekali sahaja (dan anda senang terus kemudiannya bermaksud anak akan terus ok dan tidak berbunyi dah selepas itu: perlu betul-betul keraskan hati), atau pilihan ke-2 beri dia duduk dalam car seat sampai limit sederhana maksimum anak berbunyi, kemudian keluarkannya seketika - untuk tujuan praktis / latihan sehingga boleh betul-betul duduk tak minta dikeluarkan (saya guna kaedah 2 sebab tak sampai hati kerana saya rasa faktor kemampuan kognitif dan emosinya untuk terima dan faham, perlu timing masa yang betul-betul sesuai).

* Adalah OK untuk dikeluarkan pabila ibu di belakang bersama anak (manakala suami ada di hadapan memandu), namun pabila ibu seorang diri, di sinilah cabaran besar menanti kita (dahulunya car seat anak di sebelah saya, pemandu. Namun sebenarnya lebih selamat ialah di belakang untuk kurang risiko). 

*Maka sediakan anak semasa meletakkannya di dalam car seat dengan memberitahu Skrip Menerangkan Peraturan di atas. Pertama kali anak berjaya duduk dalam car seat untuk perjalanan jauh lebih 1 jam dari awal hingga ke destinasi ialah pada usianya 12 bulan, (dengan beliau berbunyi mahu dikeluarkan dan saya tidak mengalah malah menarik perhatian dengan bermacam benda). Saya di sebelahnya (tempat duduk belakang dengan memakai tali pinggang keselamatan juga, bagi menunjukkan bahawa semua orang bertali pinggang di dalam kereta). Semasa ini ayah akan memainkan peranan menyebut dengan kuat di hadapan (“Fateh, semua orang pakai tali pinggang, sebab kita semua nak selamat. Tengok, Ayah dan Mummy pun pakai” : Teknik Menerangkan Peraturan).

* Anak juga boleh bezakan antara tidak duduk di dalam car seat (ibu pegang) dengan duduk seorang diri di dalam carseat, iaitu duduk seorang diri di dalam carseat lebih selamat walaupun tidak bebas :D Ini kerana sebenarnya peringkat ‘Autonomi’ (berdikari dan merasai pengalaman sendiri) sudah bermula di usia seawal 1 tahun (anda boleh perhatikan pabila anak mula tidak mahu disuapkan makanan dan mahu mencuba melakukan apa-apa perkara sendiri cth makan sendiri). Bermaksud skrip di atas boleh lah dimulakan seawal 1 tahun (ikut tahap kognitif unik kanak-kanak yang berbeza), (saya pun mula skrip lewat). Sebelumnya saya tidak ucapkan apa-apa skrip pun, hanya letak dan layan membaca dan tengok notebook atau apa sahaja (buku adalah biasa dan diminati anak kerana sejak dalam pantang anak dibacakan buku. Namun apa-apa pun tetap ada limit kebosanan, kan). 

Didoakan semuanya dipermudahkan untuk melaksanakan teknik nabi dalam mendorong anak duduk di dalam carseat ini. 

“Sentiasa usaha pelbagai cara dan tidak mengalah, insyaAllah akan berhasil”

Seterusnya: Contoh Skrip Pujian Anak Bawah 12 bulan, Teknik Mendorong Anak Berkerjasama Digosokkan Giginya

Alhamdulillah.

Photo: BismillahirRahmanirRahim

Perkongsian dari Puan Maznah 

Tuesday, November 19, 2013

Mengajar Anak Kecil Berenang

BismillahirRahmanirRahim

Mengajar Anak Kecil Berenang (entri post lama, Fateh 11 bulan)

Teknik Demonstrasi & Menunjukkan Cara

1) Beritahu Fateh (11 bulan, pengalaman baru kali ke-3 sesi berenang), "kocak kaki, kocak kaki".

2) Tunjukkan kedua kaki (saya: ibunya) berkocak dalam keadaan saya terapung di air (namun sebenarnya sedang memegang pelampungnya) (kerana ibunya tidak pandai berenang, hehe)

Hasil: Fateh yang sedang dipegang ayahnya terus mengocak kakinya dengan laju dlm keadaan terapung dan 'berenang' ke depan dengan pantas sekali.

Kami kagum!!!

Ia berlaku pada sesi ke-3 pengalaman di kolam renang. Sesi pertama berenang, Fateh 9 bulan memang terapung dan ala-ala berenang secara semulajadinya. MasyaAllah!!! (masa tu belum belajar teknik nabi maka hanya pujian separuh format sahaja: "waah, dia boleh rupanya, tak sangka" yang terucap dalam hati, tidak di hadapan si kecil).

Sebagai panduan, antara skrip / kata-kata yang boleh saya ucapkan ialah: "Waah, Fateh boleh terapung (pujian tingkahlaku, bukan orangnya). Mummy bangga dengan Fateh (Impak 1: kesan atau perasaan ibu). InsyaAllah nanti Fateh boleh berenang sendiri (Impak 2, jangka panjang: berupa doa atau visi ibubapa utk anak)",  sambil senyum lebar (Ganjaran Sosial Non-Material).

Nota. 

*Bayi umur 0-2 tahun adalah dalam peringkat 'trust vs mistrust' dan 'attachment' kuat dgn 'prime carer'nya. Maka mengajar dari bayi perlulah oleh ibu/bapa nya sendiri. 

*Apabila kerapatan (‘attachment’) kuat dengan penjaga utama yang memberikan keperluan asas bayi seperti makanan (susu), pelukan (pabila rasa takut / sejuk), kata-kata baik (menenangkan atau menggalakkan), ubatan (pabila sakit), bayi akan sangat kenal dan percaya (trust) kepada penjaga utama ini yang secara konsisten (istiqamah) menyediakan segala keperluan asasnya. Sebaliknya berlaku (‘mistrust’/tidak percaya/sukar percaya) sekiranya penjaga utama ini berubah-ubah atau tidak memberikan atau memenuhi keperluan asas ini.

*Kerapatan yang baik memudahkan penjaga utama ini melakukan banyak dorongan tingkahlaku yang ingin dibentuk dari awal bayi.

Link Video Fateh berenang pertama kali di kolam renang, umur 9 bulan

Link video sesi Fateh berenang (sehari sebelum 12 bulan):

Fateh belajar tenggelam (1 tahun 4 bulan)

Seterusnya: Teknik Pujian untuk anak bawah 12 bulan, Teknik Mendorong anak duduk dalam car seat

Alhamdulillah.

Wednesday, November 13, 2013

Mendorong Anak Kecil Mengemas Selepas Makan

BismillahirRahmanirRahim

Aplikasi Teknik Nabi Muhammad

Sambungan dari Teknik Pejam Mata Pada Kesalahan anak kecil di meja makan kepada aktiviti mengemas lantai bersama, iaitu Teknik Memberi Solusi dan Menunjukkan Cara.

Selesai makan (anak menghulurkan mangkuk makanannya ke depan tanda sudah tidak mahu makan lagi / kenyang), saya akan berkata “OK, Fateh dah habis makan, Mummy nak kemas” (menyediakan minda anak untuk aktiviti seterusnya).

Kemudian saya akan mengambil kain lap saya dan kembali kepadanya. Turunkan beliau dari ‘high chair’ dan berdiri di lantai yang penuh dengan butiran makanan jatuh.

“Ok, makanan kita tumpah, maka kita perlu kemaskan lantai ya” (Teknik Memberi Solusi dan Menunjukkan Cara). Anak akan nampak kita buat dan percayalah dia akan sangat ‘prososial’ iaitu membantu mengelap bersama.

Pujian diberi : “Alhamdulillah, bagus Fateh nak tolong Mummy kemas, nanti lantai bersih, Mummy pun senang hati”. Beliau akan tolong mengelap / kemas lantai ala kanak-kanaknya (ia berlaku sangat singkat, kurang 1 minit anak diberi peluang mengemas) (bermaksud, sabarlah untuk 1 minit sahaja ya :)

Saya tidak memberikan nasihat percuma (membebel) atas kesalahannya seperti: “Hiiish, tengok ni. Banyaknya makanan tumpah. Penat Mummy tau!”, atau “Fateh, lain kali makan la elok-elok, bla bla bla…”. (tak ada idea nak membebel pun, bukan anak faham pun yang dia tangkap ialah rasa kurang enak/kecewa orang dewasa kepadanya).

Cara saya menahan kepenatan kerana mengelap setiap hari ialah dengan menarik nafas panjang dengan mulut tertutup, sambil terus melakukan kerja pembersihan (hormone anti-stress akan ter rembes pabila kita melakukan aktiviti fizikal). :D 

Usai mengelap lantai ala kanak-kanak kecil, saya akan beri ‘hint’ kepada ayah untuk mengambil anak dan membersihkan tangan dan badannya. (biasanya pakaian akan perlu ditukar).

Hadiah kepada kesabaran dan membenarkan anak mengekspresikan motor skil halus memegang sudu garfu di meja makan (sambil beliau melihat kami makan bersama: guna sudu/tangan) ialah pada usia 1 tahun 6 bulan, kami dapati cara memegang sudunya amat meningkat baik dan seperti orang dewasa (pegang di hujung sudu dan masuk ke mulut dari depan, bukan tepi sudu).

Contoh keadaan lain pabila air dari cawannya atau air kotak kecil tumpah, Fateh akan memberitahu dengan nada ‘kesal’ (imitate / tiru orang dewasa iaitu saya), dengan berkata “Tummpaaaahh…”, saya akan terus memberikan kertas tisu kepada beliau dan secara spontan beliau akan mengelap air tumpah di lantai itu (dahulu saya yang lapkan, kemudian saya ubah dengan Teknik Memberi Solusi, memang berkesan :). Kemudian saya akan menyambung pembersihan yang lebih sempurna selepas itu. 

Sambil memuji akan tingkahlaku positifnya : “Fateh lap air tumpah, Mummy suka. Pasni minum hati-hati ya” dan beliau akan menjawab : “Hm!” (tone / nada tanda setuju / faham / kerjasama diperolehi)  iaitu cara kebiasaan dia menjawab. Sebaliknya jika tidak faham, nada Hmm nya berbunyi tinggi di hujungnya iaitu “Hm?” atau jika tidak setuju beliau akan berkata “Ma mau…”.

Nota.

*Kita tidak mengharap anak akan tolong bersihkan lantai secara sempurna, maka beri peluang anak membersihkan bersama adalah peluang prososial (berbuat baik yang diterima peringkat sosial) yang sangat sesuai dilatih di peringkat umur seawal 1 tahun atau pabila anak mula meniru tingkah laku anda sebagai ibu / bapa.

*Maksud menunjukkan cara ini ialah dengan andaian kita sebagai ibu/bapa ada perbuat cara betul sebelum itu untuk diikuti dan diterima anak sebagai tingkahlaku kebiasaan (kerana mata kecil anak melihat dengan sangat ‘zoom in’ sejak awal bayi 6 bulan:- kotor-bersihkan, sepah-kemas, tumpah-lap, habuk-lap.

*Dalam disiplin psikologi kanak-kanak, teknik ini dinamakan “Right Wrongs Together” iaitu kita bersama-sama anak pabila dia betul / berjaya, mahupun pabila dia perbuat silap / salah. Ini kerana didikan dan bimbingan berterusan amatlah penting dalam membentuk tingkah laku positif anak. 

*Contoh jika anak mahu menggunakan / main dengan penyapu lantai / penyodok sampah dan mop, izinkan dia perbuat sama-sama. Beri ruang kecil (5%) untuk dia ‘kerja’kan dengan beri arahan solusi “Fateh sapu sini” sambil anda menyapu bahagian lain seluruhnya (95%), kemudian anda kembali semula kepadanya untuk menyapu di bahagian kecil 5% itu. Selesai, anda puas hati selesai kerja, anak pun puas hati dapat 'kerjakan' (win-win). 

*Percayalah teknik solusi / menunjukkan cara ini amat berkesan dan mudah, anda tidak penat, anak puas bermain / membantu anda. Sekiranya kita tidak galakkan anak membantu kerja rumah semasa kecil lagi, kerana menganggap dia akan kecahkan lagi suasana atau dia terlalu kecil lagi, jangan kecewa pabila usia dalam 5-6 tahun dan ke atas terutama remaja, anak tidak berminat membantu di dapur hatta meletakkan sebiji pinggannya di sinki sekalipun. Kajian menunjukkan bayi lingkungan usia boleh imitate (tiru) ini amat prososial iaitu keinginan membantu secara semulajadinya sangat ada. Maka kita gunalah sebaik mungkin masa emas ni...

Alhamdulillah.

Photo: BismillahirRahmanirRahim

Perkongsian Pn Maznah Ibrahim.

Seterusnya: teknik mendorong anak berenang, teknik mendorong anak duduk di car seat